Monday, December 22, 2014

~throwback 2012 - 2014~

2014 bakal melabuhkan tirai.
2015 bakal menjelma.
Hari-hari baru muncul meninggalkan kenangan semalam. Yang hanya tinggal sejarah.

2015 adalah tahun ke 3 aku di Al-Amin Bangi. Sebuah sekolah swasta yang bermatlamat melahirkan generasi rabbani. Begitu juga usia perkahwinanku. 3 tahun.

......................................................................................................................................

Ahaaa. Err tu hanya intro atau lebih mudah dipanggil mukaddimah ^^,.
3 tahun juga aku mengambil masa untuk menulis kembali di laman ini. Rinduu sangat bah. Text pun ala-ala macam nak skema. Haha. Tapi masih lagi berjiwa remaja. Tapi kepulanganku disini bertujuan besar yang mana akan direalisasikan secara slow and steady and maintain and...cool. Atas cabaran my kakak naqibah..my mentor. Beliau cabar tuh. Untuk menulis berkenaan..erm..remaja..insyaAllah akan sama-sama kongsi. 
Dulu pernah ada niat dan alhamdulillah Allah lorongkan hati my naqibah untuk merisik khabar berkenaan penulisanku. (ayat tak boleh blah -_-).

After graduated from University Malaya, cita-cita sebagai cikgu memang takde langsung dalam list apatah lagi dalam kotak pemikiran geligaku. TIADA. Tapi macam mana tah.  Nak cerita memang panjang la kah sebab 2 tahun lepas punya. Aloh gaya macam 10 tahun je. Hmm takpe. Graduan Mikrobiologi. Susah nak dapat kerja yang betul betul sesuai. Sebab tu terima sahaja pekerjaan ni.

Nak dijadikan cerita, tahun pertama 2012 mengajar agak mencabar. Dalam usia remaja, 24 tahun jadi cikgu. Ajar tingkatan 4 dan 5. Muka muda remaja..ewah..nak kena ajar anak2 dara dan anak2 bujang yang pangkat adik. Fuhh. Peluh. Redah. Bismillah..jalan...hancur. Huaaa. (nangis) jugaklah..dan tension. Banyak benda dapat..banyak benda kena pegang. Banyak benda kena fikir. Dengan baru2 kahwin..dan meniti alam kerjaya. Emosi pun jadi ting tong. Alhamdulillah..suami memahami. My superhero. Masalah disiplin pelajar ku hadapi dengan cara aku sendiri tak pandai nak handle. Kaunseling2 ni memang ke laut la gamaknya. Nanti lah cerita. Yang penting akhir tahun 2012 ni memang rasa nak berhenti. Tak tahan. Yelah..dah cita2nya bukan cikgu..jadi buat kerja pun jadi penat sebab banyak mengeluh. Menangis tak tentu pasal. Penat weh..(agak2 lepas ni ada orang claim, kerja orang lain pun sama. Malas nak argue. Eheh). Tak jadi benti. Tersambung kontrak. Dengan semangat motivasi dari orang sekeliling.

After 2012, 2013 pula. 
Rasa-rasa macam dah ok. Stabil kot. Hoho. Pun macam tak je. Masih lagi belajar. Dunia remaja semakin lama semakin ku selami. Nasib baiklah perangai budak2 ni masih ada lagi. Senang sikit nak masuk dengan hadek2 nih.  Haa masuk tahun ni dah ok. Deal dengan pelajar, dengan kawan2 sekerja alhamdulillah ok. Makin hari makin seronok. Diri pun semakin matang. Dah boleh baca pengurusan sekolah..dah tahu perangai pelajar. Dan..makin seronok. Pegang mentor tingkatan 5. Jadi sangat rapat. Sangat sayang. Sebab, dengan batch ni..bukan hadek2 ni sahaja yang berkongsi masalah..tapi dengan kita2 sekali kongsi. So, i know you..you know me lah gteww. barulah dinamakan komunikasi 2 hala. Aku faham yang tugas cikgu ni bukan menghabiskan silibus sahaja, tapi mendidik dan memahami mereka without hilang respect each other. Cikgu tidak boleh mengharapkan hormat daripada anak murid semata..bahkan, cikgu juga memberi hormat. Hormat itu akan datang sendiri. Berkawan boleh, hormat mesti jaga beb! 2013 berlalu..aku masih lagi rasa cikgu ni tak sesuai dengan diri. Tapi perasaan jatuh cinta tu ada! Kasih dan sayang menular. Terfikir nak berhenti..tapi sayang!

2014 menjelma.
I'm getting better alhamdulillah.
Taujihat pertama dapat daripada Ustazah Rosmawati (cikgu masa aku sekolah rendah). Mantap tak?
Taujihat berkenaan ikhlas. Ustazah kata..ikhlas ketika menjadi seorang guru patut ada. Kalau tiada, memang penat dan apa yang kita buat sia-sia! Fuh #sentapp. Balik tu berjurai jugaklah air mata sebab patutlah selama 2 tahun mengajar, rasa tak ikhlas (not really)..sebab tu stress memanjang. Inche suami faham...dia rasionalkan balik..Allah tahu..kita tengah belajar. Banyak benda nak adapt. Dia pujuk baik punya sebab masa tu aku rasa kerja aku semua terbang macam tu je. Memang baik berhenti je la sebab kerja tak ikhlas..buat apa teruskan kannnn. Tapi tahun ni agak best sebab dalam kalangan rakan sekerja juga sudah saling mengenali.Dan benda tu buat kita lagi semangat nak teruskan pekerjaan ini. Pekerjaan yang aku kira sangat mulia. Mendidik anak2.  Jadi aku teruskan.
Bersambunglah nanti..bila dah masuk 2015.

......................................................................................................................................

Monday, September 10, 2012

..Tengah teringat2..hee

Alhamdulillah..syukur..k.ngah nak kembali bercerita dengan inche belog ni. asyik berhabuk je..

Sekarang k.ngah da jadi orang baru. Sangat baru. Saye seorang isteri kepada seseorang. Erk, isteri?? Huhu, Dengar pun cam da jadi seram kan..waa. Maka bermulalah perjalanan seorang isteri ni..iaitu seorang permaisuri yang ayu lagi jelita. Ahaks.

OK, actually..camne nak cerita? Patutnya cerita b4 the wedding..haha, tu kena tnggu. Camne boleh bertunang, then decide nak nikah. Hmm.

Lepas kawen baru fikir nak keje apa. Ni ha sebenarnya. Daripada tak terfikir nak jadi cikgu tetiba terjadi cikgu..many things happened. Noktah. Tapi papehal pun nanti k.ngah tetap akan cerita walaupun tak berminat nak ceita pasal life kt public. Yang penting ibrahnya yang kita akan dapat. Nak cerita semula back 3 years ago memang panjang. Takes time utk kumpul semula memory yek.

Ni tak boleh lama sebab tengah kat sekolah. Kalau kat rumah ada tenet best juga. Tula, inche hubby kono nak buat surprise bagi donggle @ broadband so bolehla surf tenet tapi rupa2nya tak dapat pun coverage. Huahua.

End. Sambung esok k.

Monday, September 12, 2011

..tolong! saya nak jadi budak baik..

i need some refreshments
i have to motivate myself..

could someone out there? please..

i want my spirit back..hehe..hmm...

i want to be a better person!!

please guide me o Allah..only You can help and understand me better than others..
Alhamdulillah..

p/s: mode tgh xde mood..mana perginya semangat berkobar2 tu? uhuk..tepuk dada tanya Iman..sepertimana dalam Matahari karya Hilal Asyraf (feveret buku setakat ini yang blh jd tazkirah as a Muslim)

Matahari tu kan sumber cahaya bagi alam..
sumber tenaga yang memberi kehidupan kepada sekeliling planet yang ada di sekitarnya..
juga macam magnet..semua planet yang bergerak atas orbit tawaf mengelilingi Sang Matahari..
kalau Allah taqdirkan Matahari tidur atau berehat sebentar agak2 apa jadi pada anak2 didiknya iaitu planet2 tadi? em..
sedang membayangkan diri seperti Sang Matahari namun tak mampu..tapi perlu dicuba..
kita tak mampu tapi Allah bagi sesuatu tu sesuai dengan kemampuan diri..
jangan ditangisi apa yang bukan milik kita..
kalau bukan kita yang jadi macam Matahari, siapa nak tolong jadi penerang dalam diri si Manusia yang lupa dan lalai tu? Allah akan bantu siapa yang tolong agamaNya..
tapi..(ada jugak nak tapi2..mcm dalam)
diri x cukup kuat..ada lagi sisa2 karat jahiliyah dalam diri..masih tak sedar2 untuk berubah..

could someone out there? please..















Wednesday, September 7, 2011

..Quartet untuk abang..

Salam 'alayk..tertarik sebenarnya petikan daripada novel ni..agak tersentuh di sudut hati yang paling dalam..ececeh..

"Misa, tak baik menangisi apa yang Allah tetapkan untuk kita." Azra memusingkan sedikit posisi Misa. Agar Misa menelentang menghadap siling. Ternyata, kolam mata Misa masih tidak surut malahan makin manjadi-jadi.

"Misa, kita ni cuma pelakon atas pentas dunia ni. Kita sekadar menuruti segala kehendak taqdir kita. Apabila kita rasa kita macam berupaya mengawal taqdir kita sendiri, ketika itulah taqdir menunjukkan pada kita yang DIA lebih berkuasa daripada segala-galanya."

"Life is unfair!."

"Sebab kita tak hidup di dunia sahaja, Misa. Kita HIDUP UNTUK AKHIRAT. Di akhirat nanti, semuanya adil. Yang baik, dapat balasan baik. Yang jahat, dapat balasan jahat."

"Azra..Tuhan tu sebenarnya dah benci aku ke? Walaupun aku dah cuba buat apa yang DIA suruh. Pakai tudung, bertukar semua..kenapa mesti DIA gagalkan aku lagi? Kenapa Tuhan tu macam tak adil!"

"Astaghfirullah! Misa! Wake up!" Misa tahu tak? Sebab ALLAH sayanglah, DIA bagi ujian ni kat kau. Sebab ALLAH nak kau jadi lebih baiklah, Allah anugerahkan ujian ni kat kau. Kenapa kau ingat kau gagal satu paper tu, maksudnya gagal segala-galanya? Tak Misa. Cuma REZEKI kau, ALLAH SIMPAN untuk lain kali."

"Tapi, ujian ni berat untuk aku. Aku tak boleh terima."

"Misa, ALLAH sayang sangat kat kau. Sebab tu dia uji kau dengan satu subjek fail. ALLAH nak naikkan darjat kau disisi DIA sebab kau dah mula lakukan apa yang DIA perintah. ALLAH nak uji sebab DIA nak kau jadi makin kuat."

"But I'm not strong Azra.."

"Memang kau akan rasa lemah. Sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi..afterwards, we're much stronger to face this life.
"YOU CAN'T HAVE HAPPINESS WITHOUT PAIN, AND YOU CAN'T NEVER HAVE BEAUTIFUL RAINBOWS WITHOUT RAIN."




[Quartet-Saidatul Saffaa]

"..barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya.."
(at-Thalaaq:2-3)

Dia yang menentukan segala perkara yang terjadi pada diri kita..
Dia yang mengawal segala susun atur hidup kita..
Dia juga yang padaNya kita bergantung sepenuhnya, meminta kekuatan saat kita sendiri rasa 
'putus nyawa'..
Dan akhirnya..janji Allah itu benar..
Jalan keluar untuk kita dibukakan seluas-luasnya..
Bahkan Allah sendiri memberikan kita 'hadiah' yang tidak kita sangka-sangka..
Allah tak suruh kita menyukai hidup, tapi DIA cuma meminta kita mencintaiNya dan segala-galanya bakal menjadi indah..subhanallah!!..


p/s: Sesungguhnya dengan Allah la kita akan jadi kuat..moga tabah dengan apa yang berlaku..ok kawan2..actually this is for my bro kat Mesir (Abdullah Azzam) yang kena reseat paper..hehe..moga jadi manfaat untuk semua..

Thursday, July 28, 2011

..coret-coret hati..

Salam buat Mr. Blog kesayangan..

Sian dia dah lama sangat kena tinggal..em, tak tahu sebenarnya nak tulis apa..apa-apa yang jadi dalam hidupku susah nak tulis sebab semuanya dihadam dengan baik dalam ingatan..sistem pencernaan masih baik kot..

[Coret 1]
Selesai menyiapkan tesis semasa semester akhir bulan mei lalu, rasa lega sangat2..tapi benda dah nak jadi kan..laptop meragam..screen jadi blue..namun ku gagahkan juga untuk menulis dan dan terus menulis demi memenuhi 5 jam kredit tu.alhamdulillah..saat akhir tu tak boleh menahan juga sebab sakit mata..you all tau? power spek ni meningkat dengan kadar mendadak!! er..sebelah kanan power asal +275 dah jadi +375..belah kiri dari +375 dah jadi +500..huu.. T_T..skrg mmg tgh blur2 la utk melihat..malas nk pegi buat spek baru utk tambah power..duit tuh...uhuk2...akhirnya, terpaksa pinjam latop kwn utk siapkan dan berjaya submit!!

[Coret 2]
Selesai semester final ku di tahun 3, merangkap tahun akhirku di UM ni, aku mengikuti satu kursus Pra-Pekerjaan..kursus ni ala-ala nak buat preparation ke alam pekerjaan..sebulan plus kursus usahawan selama 2 minggu..lot of experience!!! rindu sangat2 dgn kawan2 sekelas (nama kelas=Bongor..hehe..bukan bongok) selalu org silap sebut..alah, kdng2 sengaja..so far, sangat best sebab fully in english! u know what? berabuk speaking..adeh..tapi tu la pengalaman, sebenarnya blh je speaking..slow and steady la..org lain boleh, kita pun boleh..sekarang nak speaking alhamdulillah..penting sangat untuk interview..em, bermacam ragam jumpa dengan kawan2 ni, dari pelbagai fakulti..dalam hati..sepanjang aku belajar kat UM ni baru sekarang jumpa dorg ni..x pernah jumpa pun sebelum ni..hehe..best la dapat kawan baru ni..dapat trainer best..Sir Ishak..macam ayah, guide kami utk tak malu speaking dan develop our skills and confident..everything is a learning process..yup, macam tu juga dalam hidup ni..apa yang berlaku kena terima dengan sabar dan pandai handle dengan baik, ha..learn how to solve the problems juga one of the skills yang sangat penting..ada 2, 3 orang boys yang datang approach and they asked me "Dah berpunya ke belum?"..hm, berani juga drg ni ye? Ke sebab sekarang ni masing2 dah abis belajar dan mula mencari? Ada yang x putus asa, aku terpaksa cakap yang aku sudah bertunang..I've engaged..Em, alhamdulillah..berpegang pada prinsip diri, NO COUPLE B4 NIKAH..hehe..yup aku sudah berpunya..punya ummi abah..insyaAllah harap awak2 semua faham..saya boleh berkawan tapi saya punya prinsip..saya harap awak2 diberi Allah jodoh yang terbaik sesuai dengan diri kita masing2..k..saya mintak maaf sebab kecewakan awak2..hehe chill ye bro..sama2 doakan antara satu sama lain..

[Coret 3]
Alhamdulillah, after 2 weeks kursus usahawan tu..aku dapat offer jadi Research Assistant under student Phd fakulti perubatan..tolong dia buat kajian tentang wanita yang hamil luar nikah..gulp! Ha, so aku kena ambil data daripada wanita yang hamil normal (bernikah) di PPUM dan utk unmarried mothers di HKL..everyday I have to go to PPUM to do some interviews from the respondens..kena buat kat klinik ibu mengandung..wah, kat mana2 je nampak ibu2 yang membawa perut..uhuk2..sian tapi itu lah ibu..kuat dan tabah demi anak yang dikandung..(cuba membayangkan aku dan perutku yang bakal jadi macam tu..syahdunya masa tu bila mengandung anak sendiri..insyaAllah)..tetbe teringat kat ummi..hmm...speechless! Sekarang dan masuk mggu ke 3 aku di PPUM..baru dapat sorg interview yang unmarried mother..baru 17 tahun..bila tgk anak dia..aku mampu berdoa je la moga2 baby tu jadi anak yang soleh..mcm2 pengalaman masa interview ibu2 ni..macam2 tips jugak aku dapat..hehe.jeng3..malas nak tulis kat cni..sorry guys..

At the same time, aku mencari part time..lama jugaklah..hu, susah sbnrnya nak cr keje even part time..now, aku dah dapat..kelamarin pegi interview esoknya dah dapat panggilan..keje macam HR la kot..key in data..dapat la income ckit utk tampung duit sewa dan transportation..alhamdulillah..start keje 1 Ogos..moga dimudahkan dan dimurahkan rezeki..hope sangat berjalan lancar..baru2 nak start keje ni kan..almaklumlah.hehe..

[Coret 4]
Hm, tarikh tu dah tak lama..kursus pun tak pegi lagi..haila..pe nak jadi..eheh..macam bz sangat..eh, bz apa..xpe, yang penting kte plan well kan? yg fail to plan yang jadi haru tu..jangan terlalu tergesa2 dan jangan bertangguh2..kena buat checklist ni..baju, hantaran, jemputan..em..em..jangan risau ye sebab ktorg mmg nampak relaks habis..hehe..insyaAllah, kalau ada rezeki @ jodoh tak ke mana la..yang penting doa kan kwn2? Doa kwn2 pun penting jugak..hm, skrg kumpul duit and save ckit2 utk budget..moga dimudahkan..

p/s: Ni saje kesimpulan utk beberapa bulan yg lepas..heh, jimat space, masa dan tenaga..byk ag nak bercerita..lepas ni tak tahu la bila dapat mengadap laptop lama2..semoga apa yang tejadi menjadi pengajaran sebab semuanya memberi makna tersendiri if aku dan kamu2 menilainya dengan mata hati..Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati masing2..last but not least, selamat menyambut Ramadhan..semoga preparation cukup utk menghadapi sebulan yang penuh barakah ni..okeh? Salam Ramadhan al-Mubarak..jumpa lagi Mr. Blog..adios!
Wallahu'alam

Saturday, March 26, 2011

..Wajah Mesir Hari Ini..

p/s: dipetik dari blog seorang sahabat.. :)

Berita mengenai kepulangan kami ke Mesir disambut oleh para mahasiswa/wi dengan pelbagai perasaan. Ada yang suka, ada yang sebaliknya, tidak kurang juga yang ragu-ragu. Dan aku menjadi salah seorang yang amat gembira dengan kepulangan ini.

Sebaik saja keluar dari mulut pesawat, angin dingin itu menyambut kami. 'Ahlan wa Sahlan',seolah-olah itu mesej yang dibawa. Ketenangan, kedamaian dan kesejukan itu dirindui.
'Ya Allah...Segala Puji hanya untuk Mu', hati bermonolog mengucap kesyukuran.

Kata mereka, negara ini belum tentu aman dan selamatnya. Ketiadaan seorang pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara memungkinkan apa sahaja yang tidak dijangka boleh berlaku.
Diri tidak menyanggah hakikat itu. Namun, wajah Mesir hari ini ada sedikit perubahan. Jelasnya, perubahan itu turut menggembirakan aku yang hanya sekadar 'duduk menumpang' di Bumi Anbiya ini. Manik jernih keluar..
Sekiranya aku yang bukan siapa-siapa bagi negara ini boleh merasakan kegembiraan itu, apatah lagi mereka (rakyat Mesir) yang telah berjuang sebelum ini?

'Ya Allah..Lindungi saudara-saudaraku di sini..
Moga mereka mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang diimpi-impikan dengan izinMu jua..Amin..Ya Rabb..'


Sangat teruja melihat 'pokok-pokok Mesir' yang menyambut kepulangan kami tempoh hari

Bendera gergasi Mesir yang dapat dilihat pada bangunan kuliah Mahasiswi Al Azhar

Billboard dengan kata-kata semangat dan patriotik!
'Ayuh!Kita bina negara kita!'

'Ayuh! Setiap dari kita bina semula Mesir kita!'
Hampir menangis melihat button Restart sedang diklik

'Kekuatan kita bukan terletak pada kesatuan nombor, Kekuatan kita terletak
bilamana kita bersatu!'

'Allah menjaga mu,wahai Mesir!'
Mesej daripada syarikat telekomunikasi Etisalat

Poster ini dilekat pada satu sudut di Kuliah Banat( Mahasiswi).
Mengenang mereka yang syahid dalam peristiwa Revolusi 25 Januari.
Hampir kesemuanya merupakan golongan pemuda!

'Pergilah! Rakyat mahu mengubah undang-undang!'
Mesej yang tertera di dinding ini pastinya menjadi satu sejarah bagi rakyat Mesir

Semoga pilihanraya yang akan datang memberi peluang untuk Mesir memulakan semula hidupnya.. Buat sahabat-sahabat yang telah dan akan sampai ke perlembahan Nil ini..Ayuh! Kita juga perlu ada semangat itu! Selamat berjuang!