Showing posts with label MASIH DIBERI PELUANG. Show all posts
Showing posts with label MASIH DIBERI PELUANG. Show all posts

Monday, September 10, 2012

..Tengah teringat2..hee

Alhamdulillah..syukur..k.ngah nak kembali bercerita dengan inche belog ni. asyik berhabuk je..

Sekarang k.ngah da jadi orang baru. Sangat baru. Saye seorang isteri kepada seseorang. Erk, isteri?? Huhu, Dengar pun cam da jadi seram kan..waa. Maka bermulalah perjalanan seorang isteri ni..iaitu seorang permaisuri yang ayu lagi jelita. Ahaks.

OK, actually..camne nak cerita? Patutnya cerita b4 the wedding..haha, tu kena tnggu. Camne boleh bertunang, then decide nak nikah. Hmm.

Lepas kawen baru fikir nak keje apa. Ni ha sebenarnya. Daripada tak terfikir nak jadi cikgu tetiba terjadi cikgu..many things happened. Noktah. Tapi papehal pun nanti k.ngah tetap akan cerita walaupun tak berminat nak ceita pasal life kt public. Yang penting ibrahnya yang kita akan dapat. Nak cerita semula back 3 years ago memang panjang. Takes time utk kumpul semula memory yek.

Ni tak boleh lama sebab tengah kat sekolah. Kalau kat rumah ada tenet best juga. Tula, inche hubby kono nak buat surprise bagi donggle @ broadband so bolehla surf tenet tapi rupa2nya tak dapat pun coverage. Huahua.

End. Sambung esok k.

Saturday, March 26, 2011

..Wajah Mesir Hari Ini..

p/s: dipetik dari blog seorang sahabat.. :)

Berita mengenai kepulangan kami ke Mesir disambut oleh para mahasiswa/wi dengan pelbagai perasaan. Ada yang suka, ada yang sebaliknya, tidak kurang juga yang ragu-ragu. Dan aku menjadi salah seorang yang amat gembira dengan kepulangan ini.

Sebaik saja keluar dari mulut pesawat, angin dingin itu menyambut kami. 'Ahlan wa Sahlan',seolah-olah itu mesej yang dibawa. Ketenangan, kedamaian dan kesejukan itu dirindui.
'Ya Allah...Segala Puji hanya untuk Mu', hati bermonolog mengucap kesyukuran.

Kata mereka, negara ini belum tentu aman dan selamatnya. Ketiadaan seorang pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara memungkinkan apa sahaja yang tidak dijangka boleh berlaku.
Diri tidak menyanggah hakikat itu. Namun, wajah Mesir hari ini ada sedikit perubahan. Jelasnya, perubahan itu turut menggembirakan aku yang hanya sekadar 'duduk menumpang' di Bumi Anbiya ini. Manik jernih keluar..
Sekiranya aku yang bukan siapa-siapa bagi negara ini boleh merasakan kegembiraan itu, apatah lagi mereka (rakyat Mesir) yang telah berjuang sebelum ini?

'Ya Allah..Lindungi saudara-saudaraku di sini..
Moga mereka mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang diimpi-impikan dengan izinMu jua..Amin..Ya Rabb..'


Sangat teruja melihat 'pokok-pokok Mesir' yang menyambut kepulangan kami tempoh hari

Bendera gergasi Mesir yang dapat dilihat pada bangunan kuliah Mahasiswi Al Azhar

Billboard dengan kata-kata semangat dan patriotik!
'Ayuh!Kita bina negara kita!'

'Ayuh! Setiap dari kita bina semula Mesir kita!'
Hampir menangis melihat button Restart sedang diklik

'Kekuatan kita bukan terletak pada kesatuan nombor, Kekuatan kita terletak
bilamana kita bersatu!'

'Allah menjaga mu,wahai Mesir!'
Mesej daripada syarikat telekomunikasi Etisalat

Poster ini dilekat pada satu sudut di Kuliah Banat( Mahasiswi).
Mengenang mereka yang syahid dalam peristiwa Revolusi 25 Januari.
Hampir kesemuanya merupakan golongan pemuda!

'Pergilah! Rakyat mahu mengubah undang-undang!'
Mesej yang tertera di dinding ini pastinya menjadi satu sejarah bagi rakyat Mesir

Semoga pilihanraya yang akan datang memberi peluang untuk Mesir memulakan semula hidupnya.. Buat sahabat-sahabat yang telah dan akan sampai ke perlembahan Nil ini..Ayuh! Kita juga perlu ada semangat itu! Selamat berjuang!

Wednesday, December 22, 2010

..Anniversary Ummi Abah ke-25..

Hepi Anniversary to both of u..

Buat Ummi & Abah..Happy Anniversary yang ke 25 tahun pada hari ni (22 Disember 2010)..huhu, x dapat nak celebrate sesama..sayang sgt both of u..so, koleksi gmbr ni hadiah utk Ummi Abah..chantek kan? Heee..terima kasih sebab lahirkan kami (Kaklong, Kakngah, Azzam, Hani & Nurin) dan membesarkan kami dalam suasana yang Islami dan bahagia..kami bangga jadi permata Ummi Abah..semoga family kita tetap atas jalan dakwah ni..(^^,)

Nota Seorang Anak:

Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata

Merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama kalbu

Indahnya..Indahnya Oo..indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan Oo..teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapan ku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu..

ISTIMEWA UNTUK:

Anakanda Huda

Anakanda Hajar

Anakanda Abdullah

Anakanda Hani

Anakanda Nurin


Tuesday, December 14, 2010

..ke Janda Baik..

Assalamu'alaikum wbt..

Menemui sahabatku Mr. Belog, semoga incik berada didalam keadaan bersih daripada sawang..oleh itu, saya ingin mengupdate Mr. Belog supaya terus 'sehat'. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa saya pergi ke Janda Baik..Bukanlah bercerita tentang seorang janda yang baik tetapi dah nama tempatnya Janda Baik..kalau nak tahu asal usul nama tempat ni boleh lah incik click belog 'Kakak Sarah' atau pergi ke FB beliau. Weee..

Ha, kenapa saya pergi tempat ni..Mr. Belog tanyalah..ha, tanya cepat..ok, macam ni, sebab saya pergi tempat ni adalah kerana Puan Naqibah saya telah meng'call' saya..sebelum exam lagi untuk bawa saya pergi ke sini..mula2 cam malas tau sebab dah set mind lepas exam nak terus 'fly' ke Jay Bee iaitu hometown saya..bila saya dapat tahu pergi ke Janda Baik, lalu saya terus menyetujukan diri..wuhuu..nak tahu kenapa? Ha, em..sebab Janda Baik adalah impian saya masa kanak2 ribena lagi..(walaupun sekarang ribena dan bercampur dengan lemon..huhu)..oleh itu ye Mr. Belog, pada awalnya memang niat saya sedikit melencong tapi lepas tu, saya perbaharui niat..Alhamdulillah, Allah membuka kunci pintu hati saya untuk berdamai dengan alam..
Lain kali saya bawa Mr. Belog ke Janda Baik ye..hehe...untuk ke sesuatu tempat, mesti ada tujuan dan matlamat dan juga objektif kenapa ye kita pergi..so, Mr. Belog kena tahu apa saya buat kat sana based on tema program kali ni.."Kelestarian (bukan kelas tarian eh) Tarbiyah, Kecemerlangan Dakwah." Subhanallah! Tema dia agak menggugat hati kecil saya. Maklumlah saya bukannya da'ieyah yang hebat tapi saya sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik untuk diri, keluarga dan ummah..insyaAllah (sambil menyanyi kecil lagu Maher the Zain..wahaha..)..serius2..maaflah incik Mr. Belog, saya suka selitkan ketakseriusan ni..
Ok lah Mr. Belog, disini saya ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan Mr. Belog tersayang..walaupun gambarnya tak berapa chantek, tapikan sebenarnya ia sangat chantek jika dilihat dengan mata hati. Subhanallah. Saya mengimpikan untuk bawa my family, my future family also my future hubby (wow) and my anak usrah ke sini. Ameen ya Rabb! Saya nak mereka ni rasa apa yang saya rasa. Berdamai dengan alam dan nilai dengan nilaian IMAN..

Firman Allah swt:
"Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan) Allah bagi orang yang beriman." (al-Hijr:77)


Kuliah malam oleh Akh Azim. Banyak teori yang dikongsi sebab dia ni engineer yang berkaliber. Wuhuuu. (lain kali saya cerita)

Ha, ni tempat check point untuk cari sumber bahan semulajadi utk dijadikan hadiah kpd grp lain.

Hutan lagi..manyak tinggi pokok-pokok kat sini..tarik nafas, hembus ikut molot..sedapnya..oksigen yang segar bugar..

Jeng..jeng..jeng..ha, nilah tempatnya..yay dah sampai..Pondok Impian! (empunya tempat ni Tamam Idris dan isteri, Mariati..pelakon tu..cuba Mr. Belog search nanti)

Sekumpulan puan mama yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Tq makciks..ada yang bawa anak2 lagi..semangat syuyukh..subhanallah!

Ni salah satu chalet utk didiami..nak tahu, tempat2 ni sangat dijaga..bersih tip top punya la. Lena tdoq naa..RM140 satu malam.

Tu diaa..orang-orang kuat Wanita IKRAM Petaling Jaya..dr kiri, Kak Nik, Kak Mela, Kak Nida, Makcik Chom..yg pegang kertas tu Kak Yah..semua mantap dan hebat..kena kutip mutiara2 dari mereka..drg ni happening gtu..gelak sakan tau..hahaha..

Ni lagi..gabungan org muda dan tua. Yang tgn menggawang2 tu ibu kepada Faizal Tahir, Makcik Muzi..dan duduk didepannya adk FT, Kak Amal. Berjumpa jgk kita disini ye. Dulu drg ni org Bandar Baru Uda, JB jiran saya..

Mr. Belog tidak dibenarkan gelak..hahaa..ni la menara impian..task kumpulan kami..kena bina menara impian dr botol dan ikat. Nak tgk sape plng tggi dan stabil. Tapi kumpulan kami of kos la x menang kan sebab terlalu-lalu kreatif..(korang yang sedang membaca ni kalau nak gelak, tutup mulut ye..)

Ni hasil tangan kami..ank2 dara dan mak dara..jambangan bunga dan kad kasih sayang..jangan tak tau, group kami menang tau. (melompat lebih tinggi)


Teratak Anisa: Taktahu rumah sape, main redah je..sgt chantek kan? kan? Saya mau ini rumah.

Makcik Chom tanya, macm mana nak buat air sungai benti..jwpnnya: Tangkap gmbr. Sume org bengang dgn saya sebab drg tak sempat fkr saya dh jawab. Well, best woman win! Ahaks..

Saya bersama my usrahmate yang setia..since acaci (Asasi) until now tahu..ktorg pun housemate. Boleh tgk belog dia 'Ukhti Sofwah'.

Ni gambar curik dari belog Kakak Sarah sbb saya malas nak edit..

Alhamdulillah, syukur sangat Allah pilih saya untuk pergi ke program2 macam ni. Walaupun letih (masih sakit badan sebab jungle trekking hari tuh.uwaa)..tapi nikmat tarbiyahnya sangat lumayan! Betul ni tau..jangan mengeluh kalau dipilih untuk ditarbiyah..

Tarbiyah ar-Rasul: a) Membaca (tilawah)
b) Membersihkan jiwa (al-Jumu'ah:2)
c) Mengajar apa sahaja dari al-Quran (al-Kitab)
d) Mengajar al-Hikmah (hadis@kebijaksaan)

Ada satu hadis ni, hadis Spiderman..hehe..Mr. Belog jangan salah faham dengan saya. Sesiapa yang tgk cter spiderman ni akan tahu. Pakcik kepada spiderman ni cakap kat dia..
"U have a great power, so u can make a great responsibilities!"
So, tarbiyah tu advantage tahu..gunakanlah ia dengan kekuatan yang kita ada..

"The choices of living of life is not an option"..our world is going nuts so kte pun kena jadi nuts juga lah..haha..ye ke..kerja besar utk hasil yang besar lah..lebih kurang macam tu lah yek..

Sampai disini sahaja warkah yang dapat saya coretkan buat Mr. Belog. lain kali saya tulis lagi ye. Saya harap Mr. Belog sentiasa update IMAN dengan memahami ayat-ayat Quran, xpe saya tahu Mr. Belog tak boleh baca tu saya akan bantu..saya harap kita sama2 bergabung tenaga (ala, macam Gohan(ank Goku) gabung dengan Trunks (ank Bezita) menghasilkan Super Saiya)..untuk menghasilkan gelombang dakwah ye..ameen, Insyaallah!

Baiklah saya ingin mengundur diri. Ada masa kita jumpa lagi. Saya akhiri dengan ucapan sekian terima kasih sebab sude membaca warkah terhebat abad ini..ahaha..Wallahu'alam..




Monday, December 6, 2010

..kisah balang kaca..

alt

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh."

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya, "Adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh."

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya, "Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?"

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibu bapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu," jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat," Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?"

Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibu bapamu."

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kita berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya kitasilap!

Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!

p/s: Mengambil kesempatan sempena Maal Hijrah kali ni..mohon maaf pada semua yang mengenali diri ini, or ada terlepas kata dalam entri2 yang lepas..moga cerita ni menjadi pengajaran buat diri dan semua yang membaca..Selamat Tahun Baru dan moga di hari2 yang mendatang penuh dengan barakah dan rahmat.. (^^,) Sayang kamoo!

Sunday, February 28, 2010

..inginku kongsi rasa dihati..

Dinner batch G7 gurls..singgah selalu..

After playing basketball..

salam 'alaik..

tetbe nk tulis jap..
lama dah xupdate..bukan x nk update..xrasa mood nk menulis disebabkan nk kena hntr lab report 3 minggu berturut2..huhu...ala2 macam bz tp kalau pandai urus masa dengan baik actually boleh je..tp, memang x lagi mood nk menulis panjang2..no idea...dalam masa yang sama suka baca blog orang...dapat juga tambah input.

3 minggu yang berlalu seolah berlalu begitu saja..x tahu kenapa..macam2 nak fikir..yang mana nak fikir dulu..tu ke ni ke..hmm..kadang2 terfikir apsal lah nk kena fikir banyak2 eh?
jawapannya ada dlm hati..yg x boleh diungkai dengan kata2..cewaah...

seminggu cuti di rumah sangat seronok..lari dr um...tp fikiranku masih akan di um even jasadku di rumah..blk umah dengan nota dan lab report yg bakal disiapkan di rumah..alangkah malangnya x sampai 50% pun siap..ntah apa dibuat kat rumah pun tak tahu..tp kerja2 sebagai suri rumah sepenuh masa masih dijalankan seperti biasa dan mengikut rutin..hehe..macam gaya org berpengalaman..mmg pun...dlm seminggu cuti ni tak lepas daripada berjumpa kawan2 sekolah..hmm...kami ni time cuti mesti x lepas utk buat reunion kecil...kami akan sentiasa berjumpa dan bercerita perkembangan masing2..

malam rabu hari tu janji dengan kawan2 sebatch yang perempuan sahaja main basketball. lepas main, kami duduk2 berbual, lepas tu g makan roti canai..apa yg kami bualkan banyak berkisarkan tentang usrah, program dan sebagainya..jalan atau x...aktif atau x..mcm2 lagi..lalu kami pun berkongsi pengalaman di tempat masing2...alhamdulillah, apa yg baik itu kami ambil jadikan contoh dan yg tidak baik kami sama2 akan bincang dan selesaikan...

malam jumaat tu plak kami buat makan2 di sebuah restoran Singgah Selalu..berhadapan dengan Danga Bay...perjumpaan ni lagi ramai berbanding kelmarin..ada yg dh lama x jumpa...mcm2 yg kami bualkan...

khamis plak, saya ikut ummi pergi buat keje kat luar..cetak plan tadika lah, pergi pusat kesihatan lah..dan apa2 yg berkaitan dengan pengurusan tadika..actually ummi uruskan beberapa tadika iaitu Tadika Iman bersama sahabat2 ummi yang lain..setakat ni dah 11 cawangan disekitar Johor sahaja...suka tengok drg berkerja...semua makcik2 kt ctu yang ikut usrah..ank2 drg juga kwn2 rapat saya...alhamdulillah..cantik urusan Allah...juga, cikgu2 yang nk keje kat ctu mesti ikut usrah..nk x nk lah~yang best dapat belajar cara ummi keje dan dapat dating ngan ummi kat luar..(xyh masak pada hari itu..hehe..gelak nakal)..

why banyak keje x siap sbb byk kuar, tp x juga sbb bila sesuatu peristiwa terjadi tu akn ada hikmahnya..jgn salahkan masa lalu..tp kena uruskan dgn lebih baik lagilah..antara 10 muwasofat..huhu..cuti betul..tp kerja2 lain tetap xleh tinggal..ok!

ok..cdng xnk tulis pjng dah tertulis pjng..agk dah..pdhal tengah selingan buat lab report..hehe..inilah saya...suka buat beberapa keje dalam satu masa...oklah..wallahualam...
update sbb dah sebulan x menulis..maaf kepada peminat yg setia mengikut penulisan saya ini..terima kasih..buat susah2 je..tengoklah bila2 ada freetima akanku update..yeah!

moga Allah mudahkan segala urusan diriku, familyku, kawan2 ku di UM, kawan2 G7 di merata tempat, adek2 SMIH berserta para gurunya...juga kenalan2 di Acheh~


Monday, November 23, 2009

..sebuah kisah..

salam 'alaik buat semua sahabat, rakan dan kawan yang sangat disayangi..

terima kasih sudi ziarah blog ni..dah lama tak bukak..bersawang pun ada..
sebenarnya da lama sangat buat blog ni, cuma bila tak di edit jadi malas pula nak melihatnya..sian dia..dah edit bolehlah nak publish ckit..

em..the way forward..nama ni dapat daripada satu program yang aku join..rasa macam sedap didengar pun ada and ada maksud tersirat di situ~faham sendirilah...

so, nantikan lah apa perkonsian yang aku nak kongsi ye..time sekarang tersangatlah tiada mood nak tulis apa..insyaallah disinilah tempat untuk kita berkongsi pengalaman, cerita dan macam-macam lagi terutama bergelar student..bestnya zaman student ni kan..hmm...ada waktu ada lah nanti..ok!

salam sayang dariku buatmu~

.: put your trust on HIM :.