..way to start..way to move..way to go..way to where?..just start it with one step..
Saturday, January 30, 2010
..kisah lalat dan semut..
Sunday, January 24, 2010
..bermain bersama akhawat..







Wednesday, January 20, 2010
..gimana mau mujahadah??..
Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.
"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.
"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.
"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"
Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"
Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.
"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.
Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.
"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."
Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.
"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."
"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."
"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.
"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."
Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.
"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"
Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.
"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."
Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.
..pandangan Syed Naquib al-Attas mengenai isu nama Allah..
My comments:
Macam-macam pandangan yang kite baca..sesetengah mengatakan boleh, setengah lagi bersungguh-sungguh menentangnya..namun kita sendiri bagaimana? Walaupun sedikit sebanyak ia membabitkan politik, namun itu bukan yang utama..ini bukan soal memenangkan mana-mana pihak..ini juga bukan isu kepentingan sendiri..ini isu AGAMA Islam yang kita cintai..lihatlah, kelalaian umat Islam sendiri yang menyebabkan berlakunya isu seperti ini..persoalannya, adakah kita cukup sensitif dengan isu ini ataupun sekadar baca sekali lalu??..tepuk dada tanya Iman..disini, kita dapat lihat nilai Iman kita dimana..wallhualam..sekadar pandangan..
Monday, December 28, 2009
Bagaimana bisa ku selami hati mu UMMI?
..keluar sahaja dari perut ummi, aku menangis..ummi kata, bila hajar lahir je ummi sakit kaki..sejak tu hajar yang jadi tukang urut ummi..tapi aku tak kisah malah aku rela melakukan sekerap yang mungkin..tapi bila aku nak balik UM je mesti ummi kata, hm nanti siapa lah yang nak urut kaki ummi..aduh, sebak pula rasa..
..tahun demi tahun berlalu, masuk sekolah menengah (skip zaman tadika dan sekolah rendah)..cabaran makin banyak..huh, makin banyak la plak aku menyusahkan ummi..tak kira la papepun..tak perlu aku nyatakan tapi walaupun aku tak bermaksud tapi aku terasa sangat aku menyusahkan ummi..
..ku perhati siang ummi kerja balik pula nak uruskan rumah..aku ada juga membantu tapi tidak lah setabah ummi..kami adik beradik selalu susahkan ummi abah..mesti drg dah pening kepala dengan karenah kami adik beradik..nasib baik 5 orang je..hehe..kadang-kadang aku termenung sendirian memikirkan betapa ummi abah kuat dan tabah membesarkan kami..setiap kami mempunyai pelbagai perangai yang berlainan..dari kecil sampai lah besar..
..ku cuba untuk belajar jadi macam ummi..ummi selalu pesan, jangan mengeluh, buat je..jangan fikir sesuatu tu susah sampai kita pening kepala nak selesaikan..padahal mudah je..so, dari situ aku belajar untuk tidak mengeluh..just do it even penat buat benda tu..tapi ummi..tak pernah aku tengok mengalirkan air mata..lagipun ummi lagi banyak lagi benda yang perlu dibuat..dari soal kerja, keluarga, rumahtangga, dan dakwah..macam mana lah ummi boleh uruskan semua tu ye? Ya..sejak itu aku sudah menanamkan azam untuk jadi macam ummi..em, kena matang sikit untuk uruskan banyak benda..lagipun dah nak masuk 22 tahun..besar dah..(ummi kata aku tak matang lagi)..
..suatu hari tu, ummi dan abah takde di rumah..tinggal aku dan kakak aku..menguruskan keperluan adik-adik..kebetulan malam tu one of my sister kena pergi jambori..so kena hantar ke sekolah malam tu juga..tak tahu kenapa, adik buat hal sikit..apa lagi angin la jugak..habis dia kena marah..rasa-rasa tak pernah aku marah sampai macm tu sekali..senyap je dia kena marah..em..fikir-fikir balik rasa bersalah pun ada..sangat kesian pula tgk adik kena marah..tapi aku dah minta maaf balik..cool sikit kot..esoknya baru ummi balik..aku menceritakan semula pasal kejadian semalam..ummi kata, ai baru tinggal sekejap dah tak boleh nak urus..ouch! terkena la pulak..terdiam..termenung..termenangis pun ada..banyak aku bualkan dengan ummi..lepas ni kena belajar untuk stabilkan emosi..control..jangan mudah marah..(actually tak cepat marah tapi tak tahu kenapa hari tu terlepas..penat sangat kot)..
..so, masuk 22 tahun ni, aku berazam untuk berubah..fikir-fikir punya fikir..bagaimana bisa ku jadi seperti ummi? Bagaimana bisa ku jadi setabah seperti SITI HAJAR (isteri Nabi Ibrahim)?..tepuk dada tanya iman..bagaimana bias ku selami hatimu ummi? Wallahualam..
Monday, December 21, 2009
..walimah amin & kak sakinah..mabruk!!..
Tuesday, December 8, 2009
..Perhimpunan Karisma Nasional 2009, PKN '09..
Salam 'alaik..
Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang nak menulis kali ini..em, time cuti-cuti ni lah ada masanya..
Insyaallah pada hujung bulan ini, anak-anak muda Karisma seluruh negeri di Malaysia akan berhimpun dan berjumpa bagi meng'upgrade' kerja-kerja dakwah di negeri/lokaliti masing-masing..subhanallah~ sesungguhnya ukhuwah kami terikat dan utuh dibawah satu gerakan~
Dan yang menariknya Sambutan 10 tahun Karisma juga akan turut diadakan..seronoknya..

Sama-sama kita doakan agar perhimpunan ini diberkati dan diredhai Allah s.w.t...juga berjalan lancar..
Selamat berhimpun!
Hmm, tema PKN '09 kali ini~
" Sedekad Mengukuh Tekad" insyaallah sama-sama kita tekadkan hati dan mantapkan lagi gerak kerja kita..ameen!




