Thursday, October 7, 2010

..masamnya muka dia...ish!


Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah menjadi kebiasaannya manusia apabila mengalami tekanan, berada dalam keletihan, berada dalam suasana emosi yang tidak elok, akan membuat muka masam dan sedih. Ini adalah tindak balas normal bagi seorang manusia.

Namun, bagi seorang pemimpin dan seorang dae’I bermuka masam, ia bukanlah tindak balas normal yang patut ada padanya. Apabila seorang pemimpin menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada orang yang dipimpinnya, bagaimanakah reaksi orang-orang yang dipimpinnya? Apabila seorang daei menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada madu’, bagaimanakah reaksi madu’?

Apabila kita membawa muka masam, mood negative dan aura yang buruk bersama kita ke dalam sesuatu perjumpaan dan apabila bertemu sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja, kita secara tidak langsung akan memalitkan rasa teruk kita kepada orang sekeliling. Sahabat-sahabat kita yang mulanya bersemangat dan gembira, akan bertukar menjadi lesu, lemah dan sedih apabila kita membawa mood sebegini dalam perjumpaan. Membawa mood negative akan mengeruhkan suasana dan menjadikan suasana tegang. Cukuplah hanya walau seorang sahaja yang membawa muka masam dan 10 lagi membawa muka ceria, pasti ia akan memberi kesan sekurang-kurangnya kepada 5 orang yang membawa muka ceria ini. Begitulah padahnya membawa muka masam.

Sesuatu amalan atau perkara yang hendak dilakukan secara berjemaah, perlu dilakukan dengan semangat, iltizam dan rasa senang hati. Jika seorang membawa muka masam, yang lainnya turut terkesan sama. Ada yang berfikiran, “ish orang tgh bad mood takkan aku nak hepi-hepi”. Maka dia pun , dari tingkah laku bersemangat dan riang ria, mengambil langkah setapak kebelakang dan menjadi lebih diam dan pasif. Ada pula yang berfikiran, “ Ish, apa kena dengan mamat sekor nih?Moody jer. Ala, xbest laa nak wat kejer camnih”. Semangat dan mood kita untuk berkerja akan dibawa turun oleh mood negative orang lain.

Kesannya menjalar dalam diri orang lain tanpa kita sedari. Kalau anda betul-betul perhatikan dan analisis situasi anda, dimana anda dalam keadaan bersemangat, gembira dan terbuka, pergi menghadiri perjumpaan, latihan atau perbincangan misalnya, apabila ada seorang dikalangan anda yang bermuka masam, sepanjang perjumpaan tersebut, motivasi dan keadaan diri anda akan berubah beransur-ansur sehingga anda menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Kesan yang paling ketara berlaku ialah apabila, didalam perjumpaan atau perbincangan tersebut, anda semua berhadapan dengan satu krisis dan masalah dan masing-masing cuba bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Sepatutnya kita menangani masalah dan krisis dalam keadaan siap sedia, bersemangat dan tabah. Tetapi dengan kehadiran seorang yang bermuka masam, suasana mencari jalan penyelesaian akan menjadi suasana yang sangat tegang tetapi lemah dan tidak bermaya. Perjumpaan dan perbincangan yang dimulakan dengan semangat dan iltizam, akhirnya menjadi lesu dan tidak bertenaga kerana seorang membawa muka masam dan diakhiri tanpa sebarang resolusi yang bernas.

Inilah bahana membawa muka masam. Maka sebagai seorang pemimpin dan daei, yg menggalas tanggungjawab yang tinggi, membawa muka masam adalah sesuatu yang patut kita elakkan. Seperti Rasulullah hendaklah kita bermuka manis dan sentiasa tersenyum. Kita manusia biasa yang lemah pastinya kadang kala tidak mampu menahan kesedihan dan menyerap tekanan. Namun kita perlu sentiasa dan kerap berjumpa dengan sahabat dan masyarakat.

Allah telah menegur Nabi Muhammad s.a.w di dalam Surah Abasa ayat 1 hingga 3

Maksudnya : Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah dating kepadanya(Abdullah bin Ummi Maktum).Dan tahukan engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa).

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, Ulama berpendapat bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berbicara dengan seorang pemimpin terkemuka Quraysh dengan harapan dia akan memeluk islam. Sedang Rasulullah s.a.w berbicara dengannya, Abdullah bin Ummi Maktum dating kepada baginda dan dia adalah salah seorang yang memeluk islam diawal waktu. Ibnu Maktum bertanya Rasulullah tentang sesuatu yang mustahak padanya. Rasulullah s.a.w mengharapkan pemimpin Quraysh tersebut mendapat petunjuk maka Baginda menyuruh Ibnu Maktum untuk tunggu sebentar sementara Baginda menhabiskan perbualanya bersama pemimpin tersebut. Baginda kemudia bermasam muka dan berpaling dari Ibnu Maktum untuk menghadap pemimpin tersebut.

Lalu turunlah ayat diatas menegur Baginda supaya tidak memasamkan muka dan berpaling dari seseorang. Sedarkh kita bahawa kita sering menunjukkan muka masam kepada sahabat dan mad’u tatkala kita dilanda masalah. Apabila mereka menegur kita, kita mencebik bibir member muka msam dan tidak bermaya.

Seorang pemimpin dan dai’e tidak boleh bermuka masam kepada orang bawahannya. Kita sering membuat muka tidak bermaya tatkala kita letih dan sakit. Contohilah Rasulullah yang sentiasa tersenyum walaupun baginda letih dan sakit. Contoh paling nyata adalah tatkala ajal mengundang baginda untuk pulang ke Hadrat Allah. Baginda masih mampu tersenyum walaupun keperitan maut itu hanya Allah yang tahu. Baginda tersenyum untuk menenangkan hati umat baginda supaya mereka tidak takut dan kecoh dengan keuzuran baginda. Seorang pemimpin perlu menenangkan keadaan supaya tiada kekecohan yang timbul berpunca dari kita.


Sepertinya bait-bait lirik lagu ‘Pemergianmu’ nyanyian In Team

Kau Masih Tersenyum, Mengubat Lara,

Selindung derita yang kau rasa,

Senyuman yang mententeramkan,

Setiap insan yang kebimbangan

Bagaimana mungkin kita menyampaikan mesej-mesej tentang keindahan nilai-nilai islam tatkala wajah kita sugul tidak bermaya? Adakah kita mampu untuk meyakinkan mad’u akan kepentingan dakwah tatkala kita gagal melakukan satu tugas dakwah yang paling mudah iaitu tersenyum, namun paling sukar dilakukan tatkala emosi tidak menentu. Kita bukanlah ingin menjadi seorang badut untuk menghiburkan orang, namun dengan senyuman dan muka manis, kita mampu membuat orang sekeliling kita berasa tenang dan aman. Di dalam senyuman yang penuh kepahitan itu, terpancar ketabahan menggalas sebuah tugas dakwah, tercermin kesungguhan menegakkan islam, tersinar sebuah pengharapan melihat islam kegemilangan islam suatu hari nanti.

Sepertinya senyum itu berjangkit, bermuka masam itu juga berjangkit. Maka janganlah menjangkiti orang lain dengan muka masam kita. Bermasam muka akan menimbulkan rasa risau dihati sahabat, menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati mereka, menimbulkan rasa tidak gembira dalam jiwa.

p/s: tazkirah untuk diri sendiri jugak~

Saturday, September 25, 2010

...kembali...

Salam sayang dan rindu buat blog ku yang dah bersawang tahap apa dah ni...

Nak kumpul ucapan ni..selamat berpuasa, selamat mengejar lailatul qadar, selamat Hari Raya!!! Hehe..tengah musim syawal lagi...

Alhamdulillah...masih lagi diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Macam-macam perkara berlaku sepanjang Kakngah tidak singgah kat blog ni..hmm...

So, azam baru Kakngah nak cuba update blog sebulan sekali..hehe..macam lama la pulak..Insyaallah, dari masa ke semasa, Kakngah akan cuba meng'update' blog ni..berkongsi cerita, pengalaman dan yang paling penting bahan tarbiyah itu sendiri...semoga Allah memudahkan urusan Kakngah kali ni...ameeen ya Rabb!!

p/s: Ni pun setelah dibrainwash..apsal x update blog hah??

Wallahualam...semoga kita berjumpa lagi...

Friday, April 9, 2010

..pergimu..

..bunyi deringan telefon bimbitku mengejutkan aku di pagi hari..oh ummi call rupanya..

"Assalamu'alaikum ummi..(suara serak basah lagi)..ada apa ummi?"..
" Em..nak bagi tahu m.cik meninggal pagi tadi..ni ktorg nak bertolak ke Segamat"..
ha?? Aku tersentak dan terus segar..hilang segala mengantukku..
"Innalillah..bila ummi?.." " Pukul 2 pagi tadi"..
"Tak dapatlah hajar ikut..(menahan sebak).."
"Takpe..lagipun sabtu dah nak balik kan.."
"Em..ok..assalamu'alaikum.."
Ya Allah..secara tiba-tiba sahaja Kau mengambilnya..

M.cik sebelah abah ni adek 2nd last if tak silap..arwah m.cik memang ada penyakit sejak dulu..sejak zaman aku hingusan lagi..sebab dulu arwah tinggal dengan kami..isk3...aku terkilan..aku tak dapat nak sumbang apa-apa pun sepanjang hayat arwah..bila balik kampung je aku hanya menjenguk dari jauh..kadang-kadang hantar makanan pada dia. Dia tinggal sorang..kalau kami nak balik ke JB semula sayu je mata dia tengok..sebak..sedih...ya Allah..bersalahnya aku..aku hanya mampu berdoa je..

m.cik..maafkan hajar ye sebab tak dapat nak tolong apa-apa..mungkin aku termasuk dalam golongan yang pentingkan diri je..huhu..ya Allah, Kau semadikan dia dalam golongan orang-orang mukmin..tempatkan dia di tempat yang indah ya Allah..m.cik..moga kau temui kebahagiaan hakiki..

p/s: hargai orang yang ada di depan mata..kita tak tahu bila dia akan pergi..lepas dia pergi baru kita akan menyesal..selagi kita mampu, berilah apa-apa pun..manfaatkan diri pada orang lain..kita punya hak untuk orang lain..bahagiakan orang sekeliling kita selagi ada masa..ampunkan aku..Allah..

Wednesday, April 7, 2010

..22 tahun?? oh no! oh yes..

Bertambah sudah usiaku lagi satu angka. Menjejak 22 tahun bukan perkara yang mudah bagiku. Sesetengah orang mungkin fikir biasalah bila tiba hari lahir..just go on. Kita pun akan makin tua. Yup, of course tapi pertambahan usiaku mengingatkan aku akan amalanku yang tidak seberapa ni. 21 tahun yang lepas, apa yang sudah ku lakukan?? Adakah tanggungjawabku sebagai seorang anak, kakak, sahabat, teman coursemate, Ameerah dan paling penting as a DAIE..yup, Daie juga manusia..tidak ku nafikan..

Ku muhasabah kembali diri ini..kematian bukan sahaja semakin menghampiri tetapi kita tidak tahu pun bila ia akan datang..em..ya Allah..adakah lalai itu melebihi dari sikap tawadhu’ kepadaMu?? Berikan aku petunjuk jika aku melakukan kesilapan..jangan sesekali Engkau sisihkan aku..sesungguhnya aku insan yang alpa dan lemah..

Ok..bermulanya era 22 tahun..ahaks..dah tua dah kakngah ek..ummi call hari tu.. “Happy birthday to you..nak apa tahun ni?”. Dalam hati aku jawab, ummi..nak kawen boleh??. Hehe..tapi takdelah sampai aku luahkan..naya je..aku tak minta apa2 pun just cakap.. “Terima kasih ummi and abah lahirkan hajar”..kalau tak, takdelah korang2 sume dapat jumpa hajar kan..hehe..

Dalam kepala ni dah macam-macam fikir..be mature..kalau boleh..mmg dah mature pun sebenarnya tapi memang saya ni jenis kepala gila-gila..nak buat macam mana kan..ok, xpe..abaikan..planning tahun ni ialah:

1) 1)Menjalani praktikal di Johor Specialist dengan sebaik mungkin. Sila jadi pekerja yang ayu dan sopan agar dapat menambat hati orang lain..keje mesti bagus lagi2 kalau kita bawa mesej daie..ok??

2) 2)Nak reunion dengan kawan batch 7..batch paling best dan saya sayangi..nak tengok balik video ktorg masa pergi Aceh..9 jam video tu..

3) 3)Buat program dengan alumni SMIH JB yang lain..dan beberapa aktiviti2 yang lain..kene deal dengan m.cik Nailah ni..meeting etc..

4) 4)Usrah mesti jalan tau..perkara wajib tu..

5) 5)Jadi suri rumah yang manis dan bertanggungjawab..tolong ummi..kali ni ada geng iaitu adek saya Hani yang baru lepas SPM..ada masa nak buli dia..yes!!!

6) 6)Banyakkan membaca bahan2 ilmiah dan tarbiyyah..bukan novel Hlovate je..

7) 7)Last but not least..mantapkan lagi masakan..huhu..penting ni tau untuk masa depan saya dan anda2 sume jugak..masakan boleh menambat hati suami..for the future lah..hehe

Ok..masuk bulan 7 dah masuk tahun akhir..i’allah..tak sabarnya saya..dh jadi super duper senior yang berkaliber..haila~ belajar lebih serius..tanamkan azam yang kuat dan mantap!!...then grade…ameeen ya rabb!!

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah..buat je lah keje tu tak kira keje apa..asalkan ikhlas, faham..jangan asyik nak merungut je..hidup mesti cool dan relax..as long as kita yakin Allah tolong, go on jelah..kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita juga..dengan niat mencapai mardhatillah..ok? Nak g dulu..assalamu’alaikum…

Tuesday, March 16, 2010

..nasyid dari loved one..

Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata

Merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama kalbu

Indahnya..Indahnya Oo..indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan Oo..teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapan ku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu..

ISTIMEWA UNTUK:

Anakanda Huda

Anakanda Hajar

Anakanda Abdullah

Anakanda Hani

Anakanda Nurin………….

~From Abah Ummi sayang~

p/s: sekadar perkongsian dengan sahabat2 semua..ni nasyid dari abah n ummi buat kami anak-anak mereka

Sunday, March 7, 2010

..DAIE juga manusia..


Buku tulisan Muhammad Abduh setebal 170 m/s ini seringku bawa ke mana-mana..taktau kenapa tapi aku suka sgt bc buku ni. Tengok ayat di depan "Meluruskan Perilaku Keliru di Jalan Dakwah" sgt suka ku tatap..macam ada kaitan je kan? Hehe..

Apa yang menarik dalam buku ni ialah ia menceritakan tentang perilaku2 kita as seorang daie yang lebih kepada kesalahan..yang kita x sure btul ke tidak apa yang aku buat ni? Rasa macam x salah tapi cam ok je pun ada gak..confuse la pulak kan...
em..

Ni antara yang dipetik di m/s 3 di bahagian mukaddimah:
Kesalahan-kesalahan yg merosak pahala besar;

a) Ucapannya merugikan diri sendiri
b) Menyimpang dari kejujuran dan kenyataan
c) Tidak sesuai antara ucapan dan perbuatan
d) Ada perbazaan lahiriah dan batiniah
e) Ada pertentangan antara kenyataan dan kewajiban
f) Dalam dakwahnya terdapat perilaku yang keliru dan perbuatan yang tidak menyenangkan hingga membahayakan dakwahnya. Lalu menjadi fitnah bagi orang lain dan dakwah itu sendiri.

Kata-kata Syed Qutb:
"Kata-kata akan mati dan membatu jika tidak keluar dari keyakinan yang jujur. Jika kata-kata tidak keluar dari hati yang yakin, tak seorang pun yang akan mempercayainya sebagai kebenaran sampai orang yang mengucapkannya berubah menjadi contoh hidup dan manifestasi ucapannya."

Berhati-hatilah dengan setiap perilaku kita..lebih muhasabah untuk diri sendiri yang terkadang tidak sedar apa yang dilakukan..astaghfirullahal 'azim....

Last but not least, orang yang kehilangan sesuatu tidak akan mampu memberikan sesuatu itu. Benarlah apa yang dikatakan; "Dirikanlah negara Islam dalam hati kalian, nescaya ia akan berdiri dibumi kalian!."...

Saturday, March 6, 2010

..oh bulan..

"pada zaman dahulu, ada seekor burung merpati yang tinggal di bumbung rumah seorang kaya. burung itu tinggal sendiri di rumah orang kaya itu. setiap hari ia terbang mencari makanan. anak orang kaya itu sering perhatikan burung itu setiap hari dari jendela biliknya. namun pada suatu hari, anak orang kaya itu tidak lagi melihat burung merpati itu. anak orang kaya itu naik ke bumbung dan melihat sesuatu yang membuatnya menahan nafas. burung merpati itu tetap ada di situ cuma tidak terbang selalu kerana sedang mengeram telur disarangnya"

pengajaran di sebalik kisah ini~

bukan semua benda yang hilang itu kerana sesuatu tragedi. terkadang ia hilang kerana membina kehidupan yg baru. hidup kita juga begitu, jgn hilang kerana tragedi..tetapi hilanglah kerana mahu memulakan sesuatu yang baru...

"hati ini umpama cahaya bulan. ia akn memancar pada kelakuan dan sikap kita. jadi, sekiranya hati kita gelap dan samar, a juga akn dapat dilihat pada sikap kita. mudahnya, hati kita ini, boleh samar, boleh gelap dan juga boleh menjadi terang. tetapi, samar, gelap dan terangnya bulan bukan kerana cahayanya sendiri. tetapi cahaya daripada matahari. hati kita juga begitu, samar, gelap dan terangnya hati kita bukan kerana hati itu sendiri tetapi akibat daripada apa yang kita niatkan. niat itu yang memancarkan cahaya kepada hati, ia juga yang memberikan gelap dan samar. jadi berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan"

..cerita dan kata-kata di atas merupakan nasihat Abg Selamat (slh satu watak dlm buku 'di mana terangnya bulan' karya Baharuddin Bekri)..yang selalu menasihati orang pada setiap pagi..
bgs sgt buku ni..nk promote sbb byk pengajaran yg kita boleh amek..

1) sentiasa nasihatkan org terutama pd waktu pagi sbb org memulakan kehidupan msg2 di awal pagi

2) sentiasa menolong org dlm kesusahan..spt watak Kamarul yg selalu mendahulukan kwn2 nya yg lain even x rapat pun dlm membantu menyelesaikan mslh mrk. sdngkan drnya mempunyai bebanan yg juga berat tanpa dia memberitahu sesiapapun..

3) ni kelakar ckit sbb, dlm cter ni kena menggunakan Bahasa Melayu Tinggi..bhs baku lah sng cter..

4) jujur dlm berkawan

5) taat perintah ibu bapa dan hormat ibu bapa org lain..

5) strategi yang mantap contohnya di akhir cerita, Kamarul n the geng nk selamatkan Abg Selamat, Teng An Ni dan Yazid drpd geng The real Pelangi..selmat jgk akhirnya

6) setia pd cinta sebagaiman Haryani yg setia menunggu Selamat selama 8 tahun..akhirnya bersama juga walaupun Selamat pernah jd org jahat..so, never ever underestimated people ok!

7) em...apa ek..tah..selebihnya yg ada dlm cter ni lawak spontan dia yg best..gelak sorg2..hehe..pengajaran dia, hidup jgn skema sgt..nnt org boring dn xnk cakap dgn kita..

wallahualam..sekarang tgh baca buku "Jaja & Din"..nntikan huraiannya..!!! (jgn lupa buku2 ilmiah yg lain tau!)...