Wednesday, December 22, 2010

..Anniversary Ummi Abah ke-25..

Hepi Anniversary to both of u..

Buat Ummi & Abah..Happy Anniversary yang ke 25 tahun pada hari ni (22 Disember 2010)..huhu, x dapat nak celebrate sesama..sayang sgt both of u..so, koleksi gmbr ni hadiah utk Ummi Abah..chantek kan? Heee..terima kasih sebab lahirkan kami (Kaklong, Kakngah, Azzam, Hani & Nurin) dan membesarkan kami dalam suasana yang Islami dan bahagia..kami bangga jadi permata Ummi Abah..semoga family kita tetap atas jalan dakwah ni..(^^,)

Nota Seorang Anak:

Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata

Merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama kalbu

Indahnya..Indahnya Oo..indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan Oo..teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapan ku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu..

ISTIMEWA UNTUK:

Anakanda Huda

Anakanda Hajar

Anakanda Abdullah

Anakanda Hani

Anakanda Nurin


Tuesday, December 21, 2010

..buat projek JOM!!...


Secara teori kita ada 19,331 fans. Tolak tak aktif tinggal 10,000. Kos Kilang Roti Palestin RM 630,000. Kalau seorang sumbang RM 63 dah cukup satu kilang. Mcamana kalau korang print poster ni dan ajak kwn, bos, keluarga, org kampung, kariah masjid, jiran, cikgu, murid, dll. Jgn banyak, minta seorang RM 50 je. Tentunya kilang roti Malaysia di Palestin ini akan cepat menjadi kenyataan. Aqsa Syarif target 3 bulan siap.
(dipetik dari Facebook Aqsa Syarif)

"Projek diurus oleh wakil kita(Aqsa Syarif) iaitu Persatuan Islam Jabalia org Gaza sendiri. Kita dah ada kandang lembu susu yang telahpun menghasilkan laban (yougurt) dan keju. Roti pelengkap diet mereka disana. Tentu boleh kempen saudara mara untuk projek ini. Target 3 bulan..."
(Ustaz Hasanuddin-Pengerusi Aqsa Syarif)

Wednesday, December 15, 2010

..congrats!..

Tahniah both of u..walau pun saya x kenal pengantin lelaki tapi Puan Amariah satu batch dengan saya masa form 3..dah besar dah awak ye..jumpa2 dah kawen..huhu..Incik pengantin lelaki sila jaga kawan saya ni dengan baikk ye.. :)


Puan Amar dengan kawan2 dia kot..hehe, x kenal..

Pelamin yang chantek!

Bertakhta adat dan bersendikan sunnah rasul mendirikan istana kasih tanda termeterai ikatan dua hati yang sejati..

~11 Disember 2010~

Lepas sudah another G7 SMIH JB..who's next?? Adakah saya?? Oh sudah semestinya tidak..sabar ye Mr. Belog..Lepas ni ada 2 lagi kawan saya se 'batch' 7 yang akan menamatkan zaman dara mereka..hm..nanti saya akan kongsikan bersama..

Buat sahabatku Amar, tahniah buatmu..sesungguhnya tanggungjawab yang bakal enti pikul sangat berat..mental, fizikal, rohani terutamanya perlu sangat kuat untuk hadapi mehnah akan datang..

Matanglah dalam berfikir dan menyelesaikan masalah, bawa berbincang sekiranya ada perselisihan, insyaAllah everything is gonna be alright..layanlah Abg Suami selayaknya, hormatilah dia, sanjungilah dia, jaga maruahnya..hatimu hanya untuknya..tetapi jangan sampai cintamu kepadanya melebihi cintamu kepada Allah..mohonlah kpd Allah agar dimudahkan segalanya.

Sekiranya Amar sudah punya anak, didiklah selayaknya menurut acuan Islam, cintailah dia..jika dia nakal, marahilah dia dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Uwaaaa...walaupun saya sedih tapi saya gembira sebab kawan saya dah dibuka hatinya untuk pikul tanggungjawab berat ni. Bagaimana dengan saya? Atau anda2 semua? Hehe, sabar..Allah akan bagi kalau tiba masanya..DIA tahu bila kita bersedia..
Wallahu'alam..


p/s: Uhuk2, nak kawen jugak!!



Tuesday, December 14, 2010

..ke Janda Baik..

Assalamu'alaikum wbt..

Menemui sahabatku Mr. Belog, semoga incik berada didalam keadaan bersih daripada sawang..oleh itu, saya ingin mengupdate Mr. Belog supaya terus 'sehat'. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa saya pergi ke Janda Baik..Bukanlah bercerita tentang seorang janda yang baik tetapi dah nama tempatnya Janda Baik..kalau nak tahu asal usul nama tempat ni boleh lah incik click belog 'Kakak Sarah' atau pergi ke FB beliau. Weee..

Ha, kenapa saya pergi tempat ni..Mr. Belog tanyalah..ha, tanya cepat..ok, macam ni, sebab saya pergi tempat ni adalah kerana Puan Naqibah saya telah meng'call' saya..sebelum exam lagi untuk bawa saya pergi ke sini..mula2 cam malas tau sebab dah set mind lepas exam nak terus 'fly' ke Jay Bee iaitu hometown saya..bila saya dapat tahu pergi ke Janda Baik, lalu saya terus menyetujukan diri..wuhuu..nak tahu kenapa? Ha, em..sebab Janda Baik adalah impian saya masa kanak2 ribena lagi..(walaupun sekarang ribena dan bercampur dengan lemon..huhu)..oleh itu ye Mr. Belog, pada awalnya memang niat saya sedikit melencong tapi lepas tu, saya perbaharui niat..Alhamdulillah, Allah membuka kunci pintu hati saya untuk berdamai dengan alam..
Lain kali saya bawa Mr. Belog ke Janda Baik ye..hehe...untuk ke sesuatu tempat, mesti ada tujuan dan matlamat dan juga objektif kenapa ye kita pergi..so, Mr. Belog kena tahu apa saya buat kat sana based on tema program kali ni.."Kelestarian (bukan kelas tarian eh) Tarbiyah, Kecemerlangan Dakwah." Subhanallah! Tema dia agak menggugat hati kecil saya. Maklumlah saya bukannya da'ieyah yang hebat tapi saya sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik untuk diri, keluarga dan ummah..insyaAllah (sambil menyanyi kecil lagu Maher the Zain..wahaha..)..serius2..maaflah incik Mr. Belog, saya suka selitkan ketakseriusan ni..
Ok lah Mr. Belog, disini saya ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan Mr. Belog tersayang..walaupun gambarnya tak berapa chantek, tapikan sebenarnya ia sangat chantek jika dilihat dengan mata hati. Subhanallah. Saya mengimpikan untuk bawa my family, my future family also my future hubby (wow) and my anak usrah ke sini. Ameen ya Rabb! Saya nak mereka ni rasa apa yang saya rasa. Berdamai dengan alam dan nilai dengan nilaian IMAN..

Firman Allah swt:
"Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan) Allah bagi orang yang beriman." (al-Hijr:77)


Kuliah malam oleh Akh Azim. Banyak teori yang dikongsi sebab dia ni engineer yang berkaliber. Wuhuuu. (lain kali saya cerita)

Ha, ni tempat check point untuk cari sumber bahan semulajadi utk dijadikan hadiah kpd grp lain.

Hutan lagi..manyak tinggi pokok-pokok kat sini..tarik nafas, hembus ikut molot..sedapnya..oksigen yang segar bugar..

Jeng..jeng..jeng..ha, nilah tempatnya..yay dah sampai..Pondok Impian! (empunya tempat ni Tamam Idris dan isteri, Mariati..pelakon tu..cuba Mr. Belog search nanti)

Sekumpulan puan mama yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Tq makciks..ada yang bawa anak2 lagi..semangat syuyukh..subhanallah!

Ni salah satu chalet utk didiami..nak tahu, tempat2 ni sangat dijaga..bersih tip top punya la. Lena tdoq naa..RM140 satu malam.

Tu diaa..orang-orang kuat Wanita IKRAM Petaling Jaya..dr kiri, Kak Nik, Kak Mela, Kak Nida, Makcik Chom..yg pegang kertas tu Kak Yah..semua mantap dan hebat..kena kutip mutiara2 dari mereka..drg ni happening gtu..gelak sakan tau..hahaha..

Ni lagi..gabungan org muda dan tua. Yang tgn menggawang2 tu ibu kepada Faizal Tahir, Makcik Muzi..dan duduk didepannya adk FT, Kak Amal. Berjumpa jgk kita disini ye. Dulu drg ni org Bandar Baru Uda, JB jiran saya..

Mr. Belog tidak dibenarkan gelak..hahaa..ni la menara impian..task kumpulan kami..kena bina menara impian dr botol dan ikat. Nak tgk sape plng tggi dan stabil. Tapi kumpulan kami of kos la x menang kan sebab terlalu-lalu kreatif..(korang yang sedang membaca ni kalau nak gelak, tutup mulut ye..)

Ni hasil tangan kami..ank2 dara dan mak dara..jambangan bunga dan kad kasih sayang..jangan tak tau, group kami menang tau. (melompat lebih tinggi)


Teratak Anisa: Taktahu rumah sape, main redah je..sgt chantek kan? kan? Saya mau ini rumah.

Makcik Chom tanya, macm mana nak buat air sungai benti..jwpnnya: Tangkap gmbr. Sume org bengang dgn saya sebab drg tak sempat fkr saya dh jawab. Well, best woman win! Ahaks..

Saya bersama my usrahmate yang setia..since acaci (Asasi) until now tahu..ktorg pun housemate. Boleh tgk belog dia 'Ukhti Sofwah'.

Ni gambar curik dari belog Kakak Sarah sbb saya malas nak edit..

Alhamdulillah, syukur sangat Allah pilih saya untuk pergi ke program2 macam ni. Walaupun letih (masih sakit badan sebab jungle trekking hari tuh.uwaa)..tapi nikmat tarbiyahnya sangat lumayan! Betul ni tau..jangan mengeluh kalau dipilih untuk ditarbiyah..

Tarbiyah ar-Rasul: a) Membaca (tilawah)
b) Membersihkan jiwa (al-Jumu'ah:2)
c) Mengajar apa sahaja dari al-Quran (al-Kitab)
d) Mengajar al-Hikmah (hadis@kebijaksaan)

Ada satu hadis ni, hadis Spiderman..hehe..Mr. Belog jangan salah faham dengan saya. Sesiapa yang tgk cter spiderman ni akan tahu. Pakcik kepada spiderman ni cakap kat dia..
"U have a great power, so u can make a great responsibilities!"
So, tarbiyah tu advantage tahu..gunakanlah ia dengan kekuatan yang kita ada..

"The choices of living of life is not an option"..our world is going nuts so kte pun kena jadi nuts juga lah..haha..ye ke..kerja besar utk hasil yang besar lah..lebih kurang macam tu lah yek..

Sampai disini sahaja warkah yang dapat saya coretkan buat Mr. Belog. lain kali saya tulis lagi ye. Saya harap Mr. Belog sentiasa update IMAN dengan memahami ayat-ayat Quran, xpe saya tahu Mr. Belog tak boleh baca tu saya akan bantu..saya harap kita sama2 bergabung tenaga (ala, macam Gohan(ank Goku) gabung dengan Trunks (ank Bezita) menghasilkan Super Saiya)..untuk menghasilkan gelombang dakwah ye..ameen, Insyaallah!

Baiklah saya ingin mengundur diri. Ada masa kita jumpa lagi. Saya akhiri dengan ucapan sekian terima kasih sebab sude membaca warkah terhebat abad ini..ahaha..Wallahu'alam..




Monday, December 6, 2010

..kisah balang kaca..

alt

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh."

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya, "Adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh."

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya, "Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?"

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibu bapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu," jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat," Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?"

Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibu bapamu."

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kita berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya kitasilap!

Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!

p/s: Mengambil kesempatan sempena Maal Hijrah kali ni..mohon maaf pada semua yang mengenali diri ini, or ada terlepas kata dalam entri2 yang lepas..moga cerita ni menjadi pengajaran buat diri dan semua yang membaca..Selamat Tahun Baru dan moga di hari2 yang mendatang penuh dengan barakah dan rahmat.. (^^,) Sayang kamoo!

Tuesday, November 30, 2010

..mahalnya mahar seorang wanita..



Jadilah diri anda lebih lembut
daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi
dan lebih tinggi cita-citanya di dunia
daripada bintang di langit

Abu Talhah mengajukan pinangan untuk menikahi Ummu Sulaim binti Mulhan. Dia menawarkan mahal yang sangat mahal. Tiba-tiba dia sangat terkejut dan lidahnya menjadi kelu ketika Ummu Sulaim menolaknya dengan angkuh. Ummu Sulaim berkata, " Sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik. Bukankah kamu mengetahui, wahai Abu Talhah, bahawa tuhan-tuhan kamu dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kamu membakarnya, maka dia akan terbakar?."

Abu Talhah merasakan tekanan yang sangat berat. Lalu, dia pun pergi begitu saja dan hampir tidak percaya pada apa yang dilihat dan didengarnya. Akan tetapi kerana cintanya, Abu Talhah kembali lagi dengan membawa mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan, dengan harapan hati Ummu Sulaim tunduk dan menerimanya. Namun Ummu Sulaim berkata dengan sopan santun, "Lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Talhah, namun anda adalah lelaki kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah. Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah denganmu."
Abu Talhah berkata, "Apa yang engkau inginkan?." Ummu Sulaim bertanya, "Apa keinginanku?." Abu Talhah bertanya,"Apakah emas dan permata?." Ummu Sulaim menjawab," Aku tidak inginkan emas atau permata, tetapi yang aku inginkan adalah Islam darimu." Abu Talhah bertanya, "Siapa yang dapat menuntunku untuk itu?." Ummu Sulaim menjawab, "Rasulullah saw dapat menuntunmu untuk itu."

Bergegaslah Abu Talhah menuju Rasulullah saw yang ketika itu sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. Ketika Rasulullah saw melihat Abu Talhah, beliau berkata,
"Telah datang kepadamu Abu Talhah, sedang kedua matanya memancarkan sorotan cahaya Islam."

Abu Talhah datang kepada Rasulullah saw dengan menceritakan apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim. Akhirnya Abu Talhah pun menikahi Ummu Sulaim dengan mahar seperti yang dimintanya, iaitu masuk agama Islam.


Moral value: Sesungguhnya wanita itu adalah teladan bagi setiap wanita yang menginginkan kemuliaan dan berusaha meraih keutamaan. Hanya dengan Islam lah, hidupmu akan bahagia.

~Tidak ada perkara yang mengangkat darjat seorang wanita seperti halnya menjaga kehormatan~

Thursday, November 25, 2010

..go jaja! fighting! 3..

Penantian untuk menghadapi exam sem ni sangat lama..hmpir sebulan study weeknya..utk k.ngah la..balik JB 3 minggu, then kat umah sewa kat KL dalam seminggu b4 exam..tak tahulah nape macam x sabar je nak habis exam..tengok housemates semua dah pergi ke UM, k.ngah masih di umah sewa x keluar2..gaya macam wanita mithali je..ahaks!..x lah, malas nak keluar..duduk je umah ngadap notes tersayang~ *sigh..

So, k.ngah saje amek kesempatan tulis blog, sbb memang x sempat la kan nak karang nota..ha ha..macam dah khatam study...jadi, dengan ini, k.ngah nak buat pengumuman penting! Jeng3..bukan pengumuman kahwin lah, cepat je korang ye..pengumuman k.ngah nak start exam esok dah!!..(semangatnya..)..pd hal orang lain dah habis..

Berikut adalah senarai subjek yg k.ngah amek semester 5 ni: Walaupun korang xnak tahu..but, sharing is caring kan?? Ngee

26/11 - SHES 3351 : Marine & Estuarine Microbiology (8.30a.m)
29/11 - IAEU 2110 : Falsafah Islam (11.30a.m)
1/12 - SHES 3358 : Diagnostic Microbiology (8.30a.m)
2/12 - TAEA 1331 : Elektif Bahasa Arab (11.30a.m)
6/12 - IQEU 2110 : Al-Quran & Sains (8.30a.m)
8/12 - SHES 3359 : Agriculture Microbiology (11.30a.m)


Ok, tu je..nak sambung study..ha, yang tengah membaca ni k.ngah doakan semoga berjaya di dunia akhirat..

Pesanan & nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sedang membaca post nih:

1) Kita sungguh2 baca dan hafal nota pelajaran, tapi tak kan tak sempat nak baca Quran dan mengulang hafal??

2) Kita boleh stay up sampai tengah malam even ada yang tak tdo lagi tu, tak kan tak sempat nak qiam?? (ni memang untuk diri sendiri ni..huhu)

3) Kita memang banyak masa untuk diluangkan pada pelajaran tapi tak kan x sempat nak baca sehelai dua buku2 ilmiah even mathurat??

4) Bila kita tertekan dan stress tengah2 study, kita tahu nak ngadu pada siapa..tenanglah dan bertawakallah pd Allah..DIA akan bantu..jgn stress2 tau..relax2..

Ingatlah sayang-sayang di luar sana dan sayang disini, matlamat kita belajar dan exam ni perlu jelas sejelasnya..niat sebagai ibadah, dan semuanya kerana Allah..kita taknak dipandang sebagai Muslim yang hanya tinggi dalam pointer, tapi satu pun tidak memberi kesan dan sumbangan pada ummah..bukan pointer yang dikejar...kalau kita faham kenapa kita belajar insyaAllah kejayaan yang akan kejar kita!! Yakinlah dengan janji Allah..kalau dengan Allah pun kita masih lagi ragu2, fail..bukan setakat tu je..dapat 'F' siap..4 flat yang kita banggakan? Betul ke? Tapi kalau tujuan hidup masih belum jelas, bukan ke tu namanya FAIL jugak?? Astaghfirullah, moga kita tidak termasuk dalam golongan ni..ish2..emo pulak..

Jadilah pemuda pemudi sebagaimana pemuda di zaman Rasulullah..sangat tabah dan cekal..muda lagi dah dipenuhi dengan ilmu yang pelbagai..kita? We are in comfort zone..so, didiklah hati, diri untuk tidak terlalu dimanjakan..cabaran ni paling besar, Jihad paling besar ialah melawan nafsu..mujahadah..bagaimana? Ada orang tanya dalam FB, gmana ya mau mujahadah? Allah bagi kita akal & nafsu..nilailah sesuatu itu dengan nilaian akal, bukan jadi hamba pada nafsu..bahaya..think before u act..ok my dear..

Dah2, tadi kata nak study, hehe..bebel kat cni pulak..wallahu'alam..

p/s: actually kena target juga untuk dapatkan dean list, doakan k.ngah agar dimudahkan dan diberi kesenangan menjawab soalan ye..(^^,) Untuk korang juga..