Tuesday, December 14, 2010

..ke Janda Baik..

Assalamu'alaikum wbt..

Menemui sahabatku Mr. Belog, semoga incik berada didalam keadaan bersih daripada sawang..oleh itu, saya ingin mengupdate Mr. Belog supaya terus 'sehat'. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa saya pergi ke Janda Baik..Bukanlah bercerita tentang seorang janda yang baik tetapi dah nama tempatnya Janda Baik..kalau nak tahu asal usul nama tempat ni boleh lah incik click belog 'Kakak Sarah' atau pergi ke FB beliau. Weee..

Ha, kenapa saya pergi tempat ni..Mr. Belog tanyalah..ha, tanya cepat..ok, macam ni, sebab saya pergi tempat ni adalah kerana Puan Naqibah saya telah meng'call' saya..sebelum exam lagi untuk bawa saya pergi ke sini..mula2 cam malas tau sebab dah set mind lepas exam nak terus 'fly' ke Jay Bee iaitu hometown saya..bila saya dapat tahu pergi ke Janda Baik, lalu saya terus menyetujukan diri..wuhuu..nak tahu kenapa? Ha, em..sebab Janda Baik adalah impian saya masa kanak2 ribena lagi..(walaupun sekarang ribena dan bercampur dengan lemon..huhu)..oleh itu ye Mr. Belog, pada awalnya memang niat saya sedikit melencong tapi lepas tu, saya perbaharui niat..Alhamdulillah, Allah membuka kunci pintu hati saya untuk berdamai dengan alam..
Lain kali saya bawa Mr. Belog ke Janda Baik ye..hehe...untuk ke sesuatu tempat, mesti ada tujuan dan matlamat dan juga objektif kenapa ye kita pergi..so, Mr. Belog kena tahu apa saya buat kat sana based on tema program kali ni.."Kelestarian (bukan kelas tarian eh) Tarbiyah, Kecemerlangan Dakwah." Subhanallah! Tema dia agak menggugat hati kecil saya. Maklumlah saya bukannya da'ieyah yang hebat tapi saya sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik untuk diri, keluarga dan ummah..insyaAllah (sambil menyanyi kecil lagu Maher the Zain..wahaha..)..serius2..maaflah incik Mr. Belog, saya suka selitkan ketakseriusan ni..
Ok lah Mr. Belog, disini saya ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan Mr. Belog tersayang..walaupun gambarnya tak berapa chantek, tapikan sebenarnya ia sangat chantek jika dilihat dengan mata hati. Subhanallah. Saya mengimpikan untuk bawa my family, my future family also my future hubby (wow) and my anak usrah ke sini. Ameen ya Rabb! Saya nak mereka ni rasa apa yang saya rasa. Berdamai dengan alam dan nilai dengan nilaian IMAN..

Firman Allah swt:
"Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan) Allah bagi orang yang beriman." (al-Hijr:77)


Kuliah malam oleh Akh Azim. Banyak teori yang dikongsi sebab dia ni engineer yang berkaliber. Wuhuuu. (lain kali saya cerita)

Ha, ni tempat check point untuk cari sumber bahan semulajadi utk dijadikan hadiah kpd grp lain.

Hutan lagi..manyak tinggi pokok-pokok kat sini..tarik nafas, hembus ikut molot..sedapnya..oksigen yang segar bugar..

Jeng..jeng..jeng..ha, nilah tempatnya..yay dah sampai..Pondok Impian! (empunya tempat ni Tamam Idris dan isteri, Mariati..pelakon tu..cuba Mr. Belog search nanti)

Sekumpulan puan mama yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Tq makciks..ada yang bawa anak2 lagi..semangat syuyukh..subhanallah!

Ni salah satu chalet utk didiami..nak tahu, tempat2 ni sangat dijaga..bersih tip top punya la. Lena tdoq naa..RM140 satu malam.

Tu diaa..orang-orang kuat Wanita IKRAM Petaling Jaya..dr kiri, Kak Nik, Kak Mela, Kak Nida, Makcik Chom..yg pegang kertas tu Kak Yah..semua mantap dan hebat..kena kutip mutiara2 dari mereka..drg ni happening gtu..gelak sakan tau..hahaha..

Ni lagi..gabungan org muda dan tua. Yang tgn menggawang2 tu ibu kepada Faizal Tahir, Makcik Muzi..dan duduk didepannya adk FT, Kak Amal. Berjumpa jgk kita disini ye. Dulu drg ni org Bandar Baru Uda, JB jiran saya..

Mr. Belog tidak dibenarkan gelak..hahaa..ni la menara impian..task kumpulan kami..kena bina menara impian dr botol dan ikat. Nak tgk sape plng tggi dan stabil. Tapi kumpulan kami of kos la x menang kan sebab terlalu-lalu kreatif..(korang yang sedang membaca ni kalau nak gelak, tutup mulut ye..)

Ni hasil tangan kami..ank2 dara dan mak dara..jambangan bunga dan kad kasih sayang..jangan tak tau, group kami menang tau. (melompat lebih tinggi)


Teratak Anisa: Taktahu rumah sape, main redah je..sgt chantek kan? kan? Saya mau ini rumah.

Makcik Chom tanya, macm mana nak buat air sungai benti..jwpnnya: Tangkap gmbr. Sume org bengang dgn saya sebab drg tak sempat fkr saya dh jawab. Well, best woman win! Ahaks..

Saya bersama my usrahmate yang setia..since acaci (Asasi) until now tahu..ktorg pun housemate. Boleh tgk belog dia 'Ukhti Sofwah'.

Ni gambar curik dari belog Kakak Sarah sbb saya malas nak edit..

Alhamdulillah, syukur sangat Allah pilih saya untuk pergi ke program2 macam ni. Walaupun letih (masih sakit badan sebab jungle trekking hari tuh.uwaa)..tapi nikmat tarbiyahnya sangat lumayan! Betul ni tau..jangan mengeluh kalau dipilih untuk ditarbiyah..

Tarbiyah ar-Rasul: a) Membaca (tilawah)
b) Membersihkan jiwa (al-Jumu'ah:2)
c) Mengajar apa sahaja dari al-Quran (al-Kitab)
d) Mengajar al-Hikmah (hadis@kebijaksaan)

Ada satu hadis ni, hadis Spiderman..hehe..Mr. Belog jangan salah faham dengan saya. Sesiapa yang tgk cter spiderman ni akan tahu. Pakcik kepada spiderman ni cakap kat dia..
"U have a great power, so u can make a great responsibilities!"
So, tarbiyah tu advantage tahu..gunakanlah ia dengan kekuatan yang kita ada..

"The choices of living of life is not an option"..our world is going nuts so kte pun kena jadi nuts juga lah..haha..ye ke..kerja besar utk hasil yang besar lah..lebih kurang macam tu lah yek..

Sampai disini sahaja warkah yang dapat saya coretkan buat Mr. Belog. lain kali saya tulis lagi ye. Saya harap Mr. Belog sentiasa update IMAN dengan memahami ayat-ayat Quran, xpe saya tahu Mr. Belog tak boleh baca tu saya akan bantu..saya harap kita sama2 bergabung tenaga (ala, macam Gohan(ank Goku) gabung dengan Trunks (ank Bezita) menghasilkan Super Saiya)..untuk menghasilkan gelombang dakwah ye..ameen, Insyaallah!

Baiklah saya ingin mengundur diri. Ada masa kita jumpa lagi. Saya akhiri dengan ucapan sekian terima kasih sebab sude membaca warkah terhebat abad ini..ahaha..Wallahu'alam..




2 comments:

Unknown said...

pehhpehhpehh.my future family la,husband la.hee.ehemm.

pehhpehhpehh.terel gak eh.geliga.snap gambar sungai.hee.

apa ke dragon ball la.hee.

ohh.kat sini pun da berjangkit danbo.

Izyan Zainuddin said...

Salam kak hajar. Syoknya dpt kumpul ramai2 n dgr pengisian kan. Eh btw kak amal pun ada? K amal tu slalu jugak dtg umah sewa kt kak hajar, dia best friend roommate kt, Kak Ada :)