Wednesday, January 19, 2011

..krisis TUNISIA..


‘Berhala’ Besar Tunisia Tewas Di Tangan Penjual Sayur!

Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.

Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.

Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.

Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.

Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.

Ben Ali ‘Berhala’ Terbesar

Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan ‘taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal”.

(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).

Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-’Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihathttp://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)

Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.

Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau juga mewajibkan ‘Sistem Kad’ bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.

Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!


Rupa-rupanya, isteri kepada si Presiden ni, Leila Trabelsi telah bertindak melarikan diri ke luar negara bersama-sama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih RM 171.3 juta! Leila telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong2 emas itu tapi mereka taknak dan disebabkan itu, Leila merayu dari suaminya, Ben Ali agar memenuhi permintaannya dan akhirnya perintah itu terpaksa dilaksanakan. Leila ni digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab. Imelda ni, kalau nak tahu adalah isteri kepada bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang juga digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator! Huh..Imelda dikatakan terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin dan perwatakan ini disamakan dengan Cik Puan Leila Trabelsi..

Zine El Abidine Ben Ali telah meletakkan jawatannya sebagai presiden pada Jumaat lalu (14 Januari 2011) selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Tunis bagi menuntut peletakkan jawatannya..

(Sumber:http://warisansemasa.blogspot.com dan KOSMO, Rabu 19 Januari 2011, m/s 46, DUNIA!)