Monday, December 22, 2014

~throwback 2012 - 2014~

2014 bakal melabuhkan tirai.
2015 bakal menjelma.
Hari-hari baru muncul meninggalkan kenangan semalam. Yang hanya tinggal sejarah.

2015 adalah tahun ke 3 aku di Al-Amin Bangi. Sebuah sekolah swasta yang bermatlamat melahirkan generasi rabbani. Begitu juga usia perkahwinanku. 3 tahun.

......................................................................................................................................

Ahaaa. Err tu hanya intro atau lebih mudah dipanggil mukaddimah ^^,.
3 tahun juga aku mengambil masa untuk menulis kembali di laman ini. Rinduu sangat bah. Text pun ala-ala macam nak skema. Haha. Tapi masih lagi berjiwa remaja. Tapi kepulanganku disini bertujuan besar yang mana akan direalisasikan secara slow and steady and maintain and...cool. Atas cabaran my kakak naqibah..my mentor. Beliau cabar tuh. Untuk menulis berkenaan..erm..remaja..insyaAllah akan sama-sama kongsi. 
Dulu pernah ada niat dan alhamdulillah Allah lorongkan hati my naqibah untuk merisik khabar berkenaan penulisanku. (ayat tak boleh blah -_-).

After graduated from University Malaya, cita-cita sebagai cikgu memang takde langsung dalam list apatah lagi dalam kotak pemikiran geligaku. TIADA. Tapi macam mana tah.  Nak cerita memang panjang la kah sebab 2 tahun lepas punya. Aloh gaya macam 10 tahun je. Hmm takpe. Graduan Mikrobiologi. Susah nak dapat kerja yang betul betul sesuai. Sebab tu terima sahaja pekerjaan ni.

Nak dijadikan cerita, tahun pertama 2012 mengajar agak mencabar. Dalam usia remaja, 24 tahun jadi cikgu. Ajar tingkatan 4 dan 5. Muka muda remaja..ewah..nak kena ajar anak2 dara dan anak2 bujang yang pangkat adik. Fuhh. Peluh. Redah. Bismillah..jalan...hancur. Huaaa. (nangis) jugaklah..dan tension. Banyak benda dapat..banyak benda kena pegang. Banyak benda kena fikir. Dengan baru2 kahwin..dan meniti alam kerjaya. Emosi pun jadi ting tong. Alhamdulillah..suami memahami. My superhero. Masalah disiplin pelajar ku hadapi dengan cara aku sendiri tak pandai nak handle. Kaunseling2 ni memang ke laut la gamaknya. Nanti lah cerita. Yang penting akhir tahun 2012 ni memang rasa nak berhenti. Tak tahan. Yelah..dah cita2nya bukan cikgu..jadi buat kerja pun jadi penat sebab banyak mengeluh. Menangis tak tentu pasal. Penat weh..(agak2 lepas ni ada orang claim, kerja orang lain pun sama. Malas nak argue. Eheh). Tak jadi benti. Tersambung kontrak. Dengan semangat motivasi dari orang sekeliling.

After 2012, 2013 pula. 
Rasa-rasa macam dah ok. Stabil kot. Hoho. Pun macam tak je. Masih lagi belajar. Dunia remaja semakin lama semakin ku selami. Nasib baiklah perangai budak2 ni masih ada lagi. Senang sikit nak masuk dengan hadek2 nih.  Haa masuk tahun ni dah ok. Deal dengan pelajar, dengan kawan2 sekerja alhamdulillah ok. Makin hari makin seronok. Diri pun semakin matang. Dah boleh baca pengurusan sekolah..dah tahu perangai pelajar. Dan..makin seronok. Pegang mentor tingkatan 5. Jadi sangat rapat. Sangat sayang. Sebab, dengan batch ni..bukan hadek2 ni sahaja yang berkongsi masalah..tapi dengan kita2 sekali kongsi. So, i know you..you know me lah gteww. barulah dinamakan komunikasi 2 hala. Aku faham yang tugas cikgu ni bukan menghabiskan silibus sahaja, tapi mendidik dan memahami mereka without hilang respect each other. Cikgu tidak boleh mengharapkan hormat daripada anak murid semata..bahkan, cikgu juga memberi hormat. Hormat itu akan datang sendiri. Berkawan boleh, hormat mesti jaga beb! 2013 berlalu..aku masih lagi rasa cikgu ni tak sesuai dengan diri. Tapi perasaan jatuh cinta tu ada! Kasih dan sayang menular. Terfikir nak berhenti..tapi sayang!

2014 menjelma.
I'm getting better alhamdulillah.
Taujihat pertama dapat daripada Ustazah Rosmawati (cikgu masa aku sekolah rendah). Mantap tak?
Taujihat berkenaan ikhlas. Ustazah kata..ikhlas ketika menjadi seorang guru patut ada. Kalau tiada, memang penat dan apa yang kita buat sia-sia! Fuh #sentapp. Balik tu berjurai jugaklah air mata sebab patutlah selama 2 tahun mengajar, rasa tak ikhlas (not really)..sebab tu stress memanjang. Inche suami faham...dia rasionalkan balik..Allah tahu..kita tengah belajar. Banyak benda nak adapt. Dia pujuk baik punya sebab masa tu aku rasa kerja aku semua terbang macam tu je. Memang baik berhenti je la sebab kerja tak ikhlas..buat apa teruskan kannnn. Tapi tahun ni agak best sebab dalam kalangan rakan sekerja juga sudah saling mengenali.Dan benda tu buat kita lagi semangat nak teruskan pekerjaan ini. Pekerjaan yang aku kira sangat mulia. Mendidik anak2.  Jadi aku teruskan.
Bersambunglah nanti..bila dah masuk 2015.

......................................................................................................................................

No comments: