Tuesday, October 26, 2010

go jaja! fighting!


.salam sayang semua...


Alhamdulillah, semester ini sudah sampai ke penghujungnya..macam-macam ragam yang dapat kakngah tengok sepanjang sem ni terutamanya di Iman Villa sendiri..rumah akhawat ni..huhu...dah banyak assignment, test, quiz, projek or pape je lah semuanya boleh membuatkan kepala ni macam nak meletop tahap apa dah...

Emosi pun dah bercampur baur..penat, marah, geram, tensyen, sedih, rindu nak balik..hailah...sabar...sabar...sabar..sabar...itulah lumrahnya tau...kalau x, xyahlah susah-susah nak datang UM ni weh...dok rumah je lah..tapi tupun kena buat keje jugak..

Xpe2...lagi satu sem je nak habis..so, laluilah dengan penuh tabah dan sabar..insyaALLAH, setiap permulaan tu memang akan bersusah dulu sebab...pengakhirannya pasti manis..ameen...

Muhasabah diri sikit ni, juga untuk kawan-kawan yang sudi baca post ni..

1) Tengah tensyen2 tu, jangan di layan sangat perasaan tu..sebabnya, syaitan lagi senang nak cucuk jarum..a'uzubillahiminassyaitonirrajim....

2) Sentiasa maniskan muka anda sebab...bila muka masam je, kita sendiri yang akan penat bukan orang lain..orang lain yang tengok muka kita yang masam ni pun cam x lalu je tengok...ekspresi muka kita akan effect orang lain..orang akan takut nak tegur, nak berkawan, nak bertanya...bila dah jadi macam tu, ia akan menzalimi diri orang dan kita sendiri...pahala pun kurang..kita dapat pahala tau bila menggembirakan orang..senyum.. :)


3) Ada masa kita sibuk sangat..ada masa kita lapang la pulok...jadi, penuhilah masa kita dengan benda-benda yang berfaedah..isilah dengan ibadat dan mendekatkan diri dengan Allah..insyaAllah masa kita yang tengah sempit tu, Allah akan gantikan di masa yang lain..hubungan dengan Allah kena jaga, barulah Allah akan jaga kita..huhu...maybe sebab kita sendiri jauh..sebab tulah apa je kerja yang kita buat macam x setel..so, ni antara tips yang boleh kita buat sama2 ye:

a) Banyakkan baca Quran dan tadabbur maknanya

b) Banyakkan solat sunat..rawatib, dhuha, hajat, istikharah (mintak bantuan Allah untuk tolong kita buat pilihan yang betul sepanjang hari)..dan banyak lagi...

c) Qiam!! Bangun..bangun..kuatkan diri untuk bangun...mengadu pada Allah..Allah tak kan sia-siakan hambaNya yang meminta padaNya..tahajud cinta..curahkan segala cinta pada Dia..berdoalah..kalau susah sangat nak bangun, tidurla awal..sebelum tu amalkan Surah al-Mulk dan set mind untuk bangun..insyaAllah akan terhasil..wokeh!

d) Buat hafalan ayat2 quran..ni membantu jugak kita nak ingat nota2 study tuh..letak kan target..aku nak hafal juz amma..ehehe..mesti kes banyak x ingat ek...so, ulang lah...yo..

e) Mathurat jangan tinggal pleazelah! Pagi2, petang2..amalkan tau..sebab diri kita sentiasa terdedah dengan benda yang kita sendiri x pasti..maklumlah, dah nak exam ni, tensyen lah..sibuk sangat study sampai solat pun lambat, Quran tunggang langgang..senanglah 'benda2' tu nak kacau...so, protect yourself dear!!

f) Important things! Solat jemaah...subuh, zohor, asar, maghrib, isyak...subhanallah, nikmatnya terasa! Solat ramai2, aminkan doa ramai2, lepas tu kita salam kawan kita, x cukup lagi boleh peluk lagi kawan kita..hilang segala amarah, geram..terhapuslah dosa..sebab kita saling memaafkan dan memberi maaf..besar kan nikmat yang Allah bagi?...hehe..cubalah!

4) Ok..selain tu kita buat lah aktiviti yang best2 ckit...g jenjalan ke tapi jangan jalan x hala tuju yang boleh buang masa...beriadhah ke..main bowling ke..buat jualan langsung ke..(sape yang buat jualan kecil2an)..

5) Bergaullah dengan kawan2 kita sebaiknya..kita x boleh hidup sensorang..memanglah cukup Allah sebagai pendamping tapi, Allah jadikan hambaNya berbilang bangsa dan kaum, ada laki dan perempuan untuk kita saling berkenalan dan membantu..x cayalah kita boleh buat semua benda sensorang kan? kan? Pape masalah, kongsi...jangan dok pendam je memanjang..manusia ni takkan dapat tampung semu2 benda ni sorang2..suatu masa dia akan meletup dan dirinya sendiri terkorban..ish3..xnk3!



Sebagai kesimpulan...hehe..taktau nak simpul apa...cukup lah sampai sini untuk peringatan bersama k!..Chow!

Assalamu'alaykum wbt!


Saturday, October 9, 2010

..ujian hati..

sedih sangat hari ni...tapi, x patut jugak rasa sedih camni...disebabkan kesalahan blok keta org, k.ngah kena tengking, kena marah..sampai ugut nak pecah keta...even dah mintak maaf...kawan cakap maybe ni kaffarah dosa kot dan pengajaran...sebolehnya nak husnu dzon dengan mamat tu..tapi, entahlah..kawan cakap lagi, jangan fikir sangat pasal tu...memang tak fikir tapi teringat-ingat..mujur dia tak buat apa-apa, just marah je..ya Allah, seram betul..semoga k.ngah lebih berhati-hati lagi...tapi, nape sampai dia marah sangat? huhu...jangan la kejadian ni berulang lagi...

:'(- kalau boleh memang taknak airmata ni menitis disebabkan benda-benda remeh macam ni, tapi kalau dah hati perempuan..hmm...tak kuat lagi k.ngah rupanya...tak pasal2 x boleh tdo malam ni..Allah....

:) so k.ngah kena kuat lagi ye! tahan perasaan tu...kuatkan hati lagi, banyakkan istighfar...banyak lagi hal-hal lain nak kena fikir..chaiyok! aja-aja fighting...hmmm...(baru ckit ujian)


Thursday, October 7, 2010

..masamnya muka dia...ish!


Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah menjadi kebiasaannya manusia apabila mengalami tekanan, berada dalam keletihan, berada dalam suasana emosi yang tidak elok, akan membuat muka masam dan sedih. Ini adalah tindak balas normal bagi seorang manusia.

Namun, bagi seorang pemimpin dan seorang dae’I bermuka masam, ia bukanlah tindak balas normal yang patut ada padanya. Apabila seorang pemimpin menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada orang yang dipimpinnya, bagaimanakah reaksi orang-orang yang dipimpinnya? Apabila seorang daei menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada madu’, bagaimanakah reaksi madu’?

Apabila kita membawa muka masam, mood negative dan aura yang buruk bersama kita ke dalam sesuatu perjumpaan dan apabila bertemu sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja, kita secara tidak langsung akan memalitkan rasa teruk kita kepada orang sekeliling. Sahabat-sahabat kita yang mulanya bersemangat dan gembira, akan bertukar menjadi lesu, lemah dan sedih apabila kita membawa mood sebegini dalam perjumpaan. Membawa mood negative akan mengeruhkan suasana dan menjadikan suasana tegang. Cukuplah hanya walau seorang sahaja yang membawa muka masam dan 10 lagi membawa muka ceria, pasti ia akan memberi kesan sekurang-kurangnya kepada 5 orang yang membawa muka ceria ini. Begitulah padahnya membawa muka masam.

Sesuatu amalan atau perkara yang hendak dilakukan secara berjemaah, perlu dilakukan dengan semangat, iltizam dan rasa senang hati. Jika seorang membawa muka masam, yang lainnya turut terkesan sama. Ada yang berfikiran, “ish orang tgh bad mood takkan aku nak hepi-hepi”. Maka dia pun , dari tingkah laku bersemangat dan riang ria, mengambil langkah setapak kebelakang dan menjadi lebih diam dan pasif. Ada pula yang berfikiran, “ Ish, apa kena dengan mamat sekor nih?Moody jer. Ala, xbest laa nak wat kejer camnih”. Semangat dan mood kita untuk berkerja akan dibawa turun oleh mood negative orang lain.

Kesannya menjalar dalam diri orang lain tanpa kita sedari. Kalau anda betul-betul perhatikan dan analisis situasi anda, dimana anda dalam keadaan bersemangat, gembira dan terbuka, pergi menghadiri perjumpaan, latihan atau perbincangan misalnya, apabila ada seorang dikalangan anda yang bermuka masam, sepanjang perjumpaan tersebut, motivasi dan keadaan diri anda akan berubah beransur-ansur sehingga anda menjadi lemah dan tidak bertenaga.

Kesan yang paling ketara berlaku ialah apabila, didalam perjumpaan atau perbincangan tersebut, anda semua berhadapan dengan satu krisis dan masalah dan masing-masing cuba bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Sepatutnya kita menangani masalah dan krisis dalam keadaan siap sedia, bersemangat dan tabah. Tetapi dengan kehadiran seorang yang bermuka masam, suasana mencari jalan penyelesaian akan menjadi suasana yang sangat tegang tetapi lemah dan tidak bermaya. Perjumpaan dan perbincangan yang dimulakan dengan semangat dan iltizam, akhirnya menjadi lesu dan tidak bertenaga kerana seorang membawa muka masam dan diakhiri tanpa sebarang resolusi yang bernas.

Inilah bahana membawa muka masam. Maka sebagai seorang pemimpin dan daei, yg menggalas tanggungjawab yang tinggi, membawa muka masam adalah sesuatu yang patut kita elakkan. Seperti Rasulullah hendaklah kita bermuka manis dan sentiasa tersenyum. Kita manusia biasa yang lemah pastinya kadang kala tidak mampu menahan kesedihan dan menyerap tekanan. Namun kita perlu sentiasa dan kerap berjumpa dengan sahabat dan masyarakat.

Allah telah menegur Nabi Muhammad s.a.w di dalam Surah Abasa ayat 1 hingga 3

Maksudnya : Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah dating kepadanya(Abdullah bin Ummi Maktum).Dan tahukan engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa).

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, Ulama berpendapat bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berbicara dengan seorang pemimpin terkemuka Quraysh dengan harapan dia akan memeluk islam. Sedang Rasulullah s.a.w berbicara dengannya, Abdullah bin Ummi Maktum dating kepada baginda dan dia adalah salah seorang yang memeluk islam diawal waktu. Ibnu Maktum bertanya Rasulullah tentang sesuatu yang mustahak padanya. Rasulullah s.a.w mengharapkan pemimpin Quraysh tersebut mendapat petunjuk maka Baginda menyuruh Ibnu Maktum untuk tunggu sebentar sementara Baginda menhabiskan perbualanya bersama pemimpin tersebut. Baginda kemudia bermasam muka dan berpaling dari Ibnu Maktum untuk menghadap pemimpin tersebut.

Lalu turunlah ayat diatas menegur Baginda supaya tidak memasamkan muka dan berpaling dari seseorang. Sedarkh kita bahawa kita sering menunjukkan muka masam kepada sahabat dan mad’u tatkala kita dilanda masalah. Apabila mereka menegur kita, kita mencebik bibir member muka msam dan tidak bermaya.

Seorang pemimpin dan dai’e tidak boleh bermuka masam kepada orang bawahannya. Kita sering membuat muka tidak bermaya tatkala kita letih dan sakit. Contohilah Rasulullah yang sentiasa tersenyum walaupun baginda letih dan sakit. Contoh paling nyata adalah tatkala ajal mengundang baginda untuk pulang ke Hadrat Allah. Baginda masih mampu tersenyum walaupun keperitan maut itu hanya Allah yang tahu. Baginda tersenyum untuk menenangkan hati umat baginda supaya mereka tidak takut dan kecoh dengan keuzuran baginda. Seorang pemimpin perlu menenangkan keadaan supaya tiada kekecohan yang timbul berpunca dari kita.


Sepertinya bait-bait lirik lagu ‘Pemergianmu’ nyanyian In Team

Kau Masih Tersenyum, Mengubat Lara,

Selindung derita yang kau rasa,

Senyuman yang mententeramkan,

Setiap insan yang kebimbangan

Bagaimana mungkin kita menyampaikan mesej-mesej tentang keindahan nilai-nilai islam tatkala wajah kita sugul tidak bermaya? Adakah kita mampu untuk meyakinkan mad’u akan kepentingan dakwah tatkala kita gagal melakukan satu tugas dakwah yang paling mudah iaitu tersenyum, namun paling sukar dilakukan tatkala emosi tidak menentu. Kita bukanlah ingin menjadi seorang badut untuk menghiburkan orang, namun dengan senyuman dan muka manis, kita mampu membuat orang sekeliling kita berasa tenang dan aman. Di dalam senyuman yang penuh kepahitan itu, terpancar ketabahan menggalas sebuah tugas dakwah, tercermin kesungguhan menegakkan islam, tersinar sebuah pengharapan melihat islam kegemilangan islam suatu hari nanti.

Sepertinya senyum itu berjangkit, bermuka masam itu juga berjangkit. Maka janganlah menjangkiti orang lain dengan muka masam kita. Bermasam muka akan menimbulkan rasa risau dihati sahabat, menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati mereka, menimbulkan rasa tidak gembira dalam jiwa.

p/s: tazkirah untuk diri sendiri jugak~