Saturday, March 26, 2011

..Wajah Mesir Hari Ini..

p/s: dipetik dari blog seorang sahabat.. :)

Berita mengenai kepulangan kami ke Mesir disambut oleh para mahasiswa/wi dengan pelbagai perasaan. Ada yang suka, ada yang sebaliknya, tidak kurang juga yang ragu-ragu. Dan aku menjadi salah seorang yang amat gembira dengan kepulangan ini.

Sebaik saja keluar dari mulut pesawat, angin dingin itu menyambut kami. 'Ahlan wa Sahlan',seolah-olah itu mesej yang dibawa. Ketenangan, kedamaian dan kesejukan itu dirindui.
'Ya Allah...Segala Puji hanya untuk Mu', hati bermonolog mengucap kesyukuran.

Kata mereka, negara ini belum tentu aman dan selamatnya. Ketiadaan seorang pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara memungkinkan apa sahaja yang tidak dijangka boleh berlaku.
Diri tidak menyanggah hakikat itu. Namun, wajah Mesir hari ini ada sedikit perubahan. Jelasnya, perubahan itu turut menggembirakan aku yang hanya sekadar 'duduk menumpang' di Bumi Anbiya ini. Manik jernih keluar..
Sekiranya aku yang bukan siapa-siapa bagi negara ini boleh merasakan kegembiraan itu, apatah lagi mereka (rakyat Mesir) yang telah berjuang sebelum ini?

'Ya Allah..Lindungi saudara-saudaraku di sini..
Moga mereka mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang diimpi-impikan dengan izinMu jua..Amin..Ya Rabb..'


Sangat teruja melihat 'pokok-pokok Mesir' yang menyambut kepulangan kami tempoh hari

Bendera gergasi Mesir yang dapat dilihat pada bangunan kuliah Mahasiswi Al Azhar

Billboard dengan kata-kata semangat dan patriotik!
'Ayuh!Kita bina negara kita!'

'Ayuh! Setiap dari kita bina semula Mesir kita!'
Hampir menangis melihat button Restart sedang diklik

'Kekuatan kita bukan terletak pada kesatuan nombor, Kekuatan kita terletak
bilamana kita bersatu!'

'Allah menjaga mu,wahai Mesir!'
Mesej daripada syarikat telekomunikasi Etisalat

Poster ini dilekat pada satu sudut di Kuliah Banat( Mahasiswi).
Mengenang mereka yang syahid dalam peristiwa Revolusi 25 Januari.
Hampir kesemuanya merupakan golongan pemuda!

'Pergilah! Rakyat mahu mengubah undang-undang!'
Mesej yang tertera di dinding ini pastinya menjadi satu sejarah bagi rakyat Mesir

Semoga pilihanraya yang akan datang memberi peluang untuk Mesir memulakan semula hidupnya.. Buat sahabat-sahabat yang telah dan akan sampai ke perlembahan Nil ini..Ayuh! Kita juga perlu ada semangat itu! Selamat berjuang!

2 comments:

Unknown said...

nafas baru mesir.

~atiQah~ said...

revolusi Mesir...moga keadilan terus berpijak di bumi Mesir....