Wednesday, January 19, 2011

..krisis TUNISIA..


‘Berhala’ Besar Tunisia Tewas Di Tangan Penjual Sayur!

Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.

Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.

Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.

Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.

Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.

Ben Ali ‘Berhala’ Terbesar

Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan ‘taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal”.

(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).

Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-’Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihathttp://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)

Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.

Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau juga mewajibkan ‘Sistem Kad’ bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.

Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.

Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.

Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!


Rupa-rupanya, isteri kepada si Presiden ni, Leila Trabelsi telah bertindak melarikan diri ke luar negara bersama-sama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih RM 171.3 juta! Leila telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong2 emas itu tapi mereka taknak dan disebabkan itu, Leila merayu dari suaminya, Ben Ali agar memenuhi permintaannya dan akhirnya perintah itu terpaksa dilaksanakan. Leila ni digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab. Imelda ni, kalau nak tahu adalah isteri kepada bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang juga digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator! Huh..Imelda dikatakan terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin dan perwatakan ini disamakan dengan Cik Puan Leila Trabelsi..

Zine El Abidine Ben Ali telah meletakkan jawatannya sebagai presiden pada Jumaat lalu (14 Januari 2011) selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Tunis bagi menuntut peletakkan jawatannya..

(Sumber:http://warisansemasa.blogspot.com dan KOSMO, Rabu 19 Januari 2011, m/s 46, DUNIA!)



Saturday, January 8, 2011

..bila rasa tak mampu, fikirkan ini..

Sahabat dan tabiin mengajarkan kita:


Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (on the way to Turkey yg belum Islam time tu) berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata : ‘pakcik tak payah lah, pakcik dah tua. Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata : wahai anak, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat..!

Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesugguhnya kau ni sakit. Dia mnjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak juga pergi. At least jika akau tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.
Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!
Dan apa neraca infiru kita??!!
Tanya hati tanya iman, mahukah kita sambut setiap seruan Allah itu???!!
Sahabat-sahabat juga punya limit! Namun aku hairan dengan limit yang mereka beri pada diri mereka! Kerana seolah limit mereka bukanlah limit pada kita. Kerana apa ya mereka boleh begitu?
Kita masih belum push diri kita up to the limit. I’m stating here as a reminder for myself and the rest of you my ikwah wa akhawat, we force ourselves to stay wake up all nights just to finish the essays, coursework etc, tapi apabila kita diperlukan dakwah, simply we say ‘give me a break for a while’.
(atau adakah kita belum memahami yg kita yg sangat-sangat butuhkan dakwah ini?)

Wednesday, December 22, 2010

..Anniversary Ummi Abah ke-25..

Hepi Anniversary to both of u..

Buat Ummi & Abah..Happy Anniversary yang ke 25 tahun pada hari ni (22 Disember 2010)..huhu, x dapat nak celebrate sesama..sayang sgt both of u..so, koleksi gmbr ni hadiah utk Ummi Abah..chantek kan? Heee..terima kasih sebab lahirkan kami (Kaklong, Kakngah, Azzam, Hani & Nurin) dan membesarkan kami dalam suasana yang Islami dan bahagia..kami bangga jadi permata Ummi Abah..semoga family kita tetap atas jalan dakwah ni..(^^,)

Nota Seorang Anak:

Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata

Merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama kalbu

Indahnya..Indahnya Oo..indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan Oo..teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapan ku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu..

ISTIMEWA UNTUK:

Anakanda Huda

Anakanda Hajar

Anakanda Abdullah

Anakanda Hani

Anakanda Nurin


Tuesday, December 21, 2010

..buat projek JOM!!...


Secara teori kita ada 19,331 fans. Tolak tak aktif tinggal 10,000. Kos Kilang Roti Palestin RM 630,000. Kalau seorang sumbang RM 63 dah cukup satu kilang. Mcamana kalau korang print poster ni dan ajak kwn, bos, keluarga, org kampung, kariah masjid, jiran, cikgu, murid, dll. Jgn banyak, minta seorang RM 50 je. Tentunya kilang roti Malaysia di Palestin ini akan cepat menjadi kenyataan. Aqsa Syarif target 3 bulan siap.
(dipetik dari Facebook Aqsa Syarif)

"Projek diurus oleh wakil kita(Aqsa Syarif) iaitu Persatuan Islam Jabalia org Gaza sendiri. Kita dah ada kandang lembu susu yang telahpun menghasilkan laban (yougurt) dan keju. Roti pelengkap diet mereka disana. Tentu boleh kempen saudara mara untuk projek ini. Target 3 bulan..."
(Ustaz Hasanuddin-Pengerusi Aqsa Syarif)

Wednesday, December 15, 2010

..congrats!..

Tahniah both of u..walau pun saya x kenal pengantin lelaki tapi Puan Amariah satu batch dengan saya masa form 3..dah besar dah awak ye..jumpa2 dah kawen..huhu..Incik pengantin lelaki sila jaga kawan saya ni dengan baikk ye.. :)


Puan Amar dengan kawan2 dia kot..hehe, x kenal..

Pelamin yang chantek!

Bertakhta adat dan bersendikan sunnah rasul mendirikan istana kasih tanda termeterai ikatan dua hati yang sejati..

~11 Disember 2010~

Lepas sudah another G7 SMIH JB..who's next?? Adakah saya?? Oh sudah semestinya tidak..sabar ye Mr. Belog..Lepas ni ada 2 lagi kawan saya se 'batch' 7 yang akan menamatkan zaman dara mereka..hm..nanti saya akan kongsikan bersama..

Buat sahabatku Amar, tahniah buatmu..sesungguhnya tanggungjawab yang bakal enti pikul sangat berat..mental, fizikal, rohani terutamanya perlu sangat kuat untuk hadapi mehnah akan datang..

Matanglah dalam berfikir dan menyelesaikan masalah, bawa berbincang sekiranya ada perselisihan, insyaAllah everything is gonna be alright..layanlah Abg Suami selayaknya, hormatilah dia, sanjungilah dia, jaga maruahnya..hatimu hanya untuknya..tetapi jangan sampai cintamu kepadanya melebihi cintamu kepada Allah..mohonlah kpd Allah agar dimudahkan segalanya.

Sekiranya Amar sudah punya anak, didiklah selayaknya menurut acuan Islam, cintailah dia..jika dia nakal, marahilah dia dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Uwaaaa...walaupun saya sedih tapi saya gembira sebab kawan saya dah dibuka hatinya untuk pikul tanggungjawab berat ni. Bagaimana dengan saya? Atau anda2 semua? Hehe, sabar..Allah akan bagi kalau tiba masanya..DIA tahu bila kita bersedia..
Wallahu'alam..


p/s: Uhuk2, nak kawen jugak!!



Tuesday, December 14, 2010

..ke Janda Baik..

Assalamu'alaikum wbt..

Menemui sahabatku Mr. Belog, semoga incik berada didalam keadaan bersih daripada sawang..oleh itu, saya ingin mengupdate Mr. Belog supaya terus 'sehat'. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa saya pergi ke Janda Baik..Bukanlah bercerita tentang seorang janda yang baik tetapi dah nama tempatnya Janda Baik..kalau nak tahu asal usul nama tempat ni boleh lah incik click belog 'Kakak Sarah' atau pergi ke FB beliau. Weee..

Ha, kenapa saya pergi tempat ni..Mr. Belog tanyalah..ha, tanya cepat..ok, macam ni, sebab saya pergi tempat ni adalah kerana Puan Naqibah saya telah meng'call' saya..sebelum exam lagi untuk bawa saya pergi ke sini..mula2 cam malas tau sebab dah set mind lepas exam nak terus 'fly' ke Jay Bee iaitu hometown saya..bila saya dapat tahu pergi ke Janda Baik, lalu saya terus menyetujukan diri..wuhuu..nak tahu kenapa? Ha, em..sebab Janda Baik adalah impian saya masa kanak2 ribena lagi..(walaupun sekarang ribena dan bercampur dengan lemon..huhu)..oleh itu ye Mr. Belog, pada awalnya memang niat saya sedikit melencong tapi lepas tu, saya perbaharui niat..Alhamdulillah, Allah membuka kunci pintu hati saya untuk berdamai dengan alam..
Lain kali saya bawa Mr. Belog ke Janda Baik ye..hehe...untuk ke sesuatu tempat, mesti ada tujuan dan matlamat dan juga objektif kenapa ye kita pergi..so, Mr. Belog kena tahu apa saya buat kat sana based on tema program kali ni.."Kelestarian (bukan kelas tarian eh) Tarbiyah, Kecemerlangan Dakwah." Subhanallah! Tema dia agak menggugat hati kecil saya. Maklumlah saya bukannya da'ieyah yang hebat tapi saya sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik untuk diri, keluarga dan ummah..insyaAllah (sambil menyanyi kecil lagu Maher the Zain..wahaha..)..serius2..maaflah incik Mr. Belog, saya suka selitkan ketakseriusan ni..
Ok lah Mr. Belog, disini saya ada lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan Mr. Belog tersayang..walaupun gambarnya tak berapa chantek, tapikan sebenarnya ia sangat chantek jika dilihat dengan mata hati. Subhanallah. Saya mengimpikan untuk bawa my family, my future family also my future hubby (wow) and my anak usrah ke sini. Ameen ya Rabb! Saya nak mereka ni rasa apa yang saya rasa. Berdamai dengan alam dan nilai dengan nilaian IMAN..

Firman Allah swt:
"Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan) Allah bagi orang yang beriman." (al-Hijr:77)


Kuliah malam oleh Akh Azim. Banyak teori yang dikongsi sebab dia ni engineer yang berkaliber. Wuhuuu. (lain kali saya cerita)

Ha, ni tempat check point untuk cari sumber bahan semulajadi utk dijadikan hadiah kpd grp lain.

Hutan lagi..manyak tinggi pokok-pokok kat sini..tarik nafas, hembus ikut molot..sedapnya..oksigen yang segar bugar..

Jeng..jeng..jeng..ha, nilah tempatnya..yay dah sampai..Pondok Impian! (empunya tempat ni Tamam Idris dan isteri, Mariati..pelakon tu..cuba Mr. Belog search nanti)

Sekumpulan puan mama yang bertungkus lumus menjayakan program ni. Tq makciks..ada yang bawa anak2 lagi..semangat syuyukh..subhanallah!

Ni salah satu chalet utk didiami..nak tahu, tempat2 ni sangat dijaga..bersih tip top punya la. Lena tdoq naa..RM140 satu malam.

Tu diaa..orang-orang kuat Wanita IKRAM Petaling Jaya..dr kiri, Kak Nik, Kak Mela, Kak Nida, Makcik Chom..yg pegang kertas tu Kak Yah..semua mantap dan hebat..kena kutip mutiara2 dari mereka..drg ni happening gtu..gelak sakan tau..hahaha..

Ni lagi..gabungan org muda dan tua. Yang tgn menggawang2 tu ibu kepada Faizal Tahir, Makcik Muzi..dan duduk didepannya adk FT, Kak Amal. Berjumpa jgk kita disini ye. Dulu drg ni org Bandar Baru Uda, JB jiran saya..

Mr. Belog tidak dibenarkan gelak..hahaa..ni la menara impian..task kumpulan kami..kena bina menara impian dr botol dan ikat. Nak tgk sape plng tggi dan stabil. Tapi kumpulan kami of kos la x menang kan sebab terlalu-lalu kreatif..(korang yang sedang membaca ni kalau nak gelak, tutup mulut ye..)

Ni hasil tangan kami..ank2 dara dan mak dara..jambangan bunga dan kad kasih sayang..jangan tak tau, group kami menang tau. (melompat lebih tinggi)


Teratak Anisa: Taktahu rumah sape, main redah je..sgt chantek kan? kan? Saya mau ini rumah.

Makcik Chom tanya, macm mana nak buat air sungai benti..jwpnnya: Tangkap gmbr. Sume org bengang dgn saya sebab drg tak sempat fkr saya dh jawab. Well, best woman win! Ahaks..

Saya bersama my usrahmate yang setia..since acaci (Asasi) until now tahu..ktorg pun housemate. Boleh tgk belog dia 'Ukhti Sofwah'.

Ni gambar curik dari belog Kakak Sarah sbb saya malas nak edit..

Alhamdulillah, syukur sangat Allah pilih saya untuk pergi ke program2 macam ni. Walaupun letih (masih sakit badan sebab jungle trekking hari tuh.uwaa)..tapi nikmat tarbiyahnya sangat lumayan! Betul ni tau..jangan mengeluh kalau dipilih untuk ditarbiyah..

Tarbiyah ar-Rasul: a) Membaca (tilawah)
b) Membersihkan jiwa (al-Jumu'ah:2)
c) Mengajar apa sahaja dari al-Quran (al-Kitab)
d) Mengajar al-Hikmah (hadis@kebijaksaan)

Ada satu hadis ni, hadis Spiderman..hehe..Mr. Belog jangan salah faham dengan saya. Sesiapa yang tgk cter spiderman ni akan tahu. Pakcik kepada spiderman ni cakap kat dia..
"U have a great power, so u can make a great responsibilities!"
So, tarbiyah tu advantage tahu..gunakanlah ia dengan kekuatan yang kita ada..

"The choices of living of life is not an option"..our world is going nuts so kte pun kena jadi nuts juga lah..haha..ye ke..kerja besar utk hasil yang besar lah..lebih kurang macam tu lah yek..

Sampai disini sahaja warkah yang dapat saya coretkan buat Mr. Belog. lain kali saya tulis lagi ye. Saya harap Mr. Belog sentiasa update IMAN dengan memahami ayat-ayat Quran, xpe saya tahu Mr. Belog tak boleh baca tu saya akan bantu..saya harap kita sama2 bergabung tenaga (ala, macam Gohan(ank Goku) gabung dengan Trunks (ank Bezita) menghasilkan Super Saiya)..untuk menghasilkan gelombang dakwah ye..ameen, Insyaallah!

Baiklah saya ingin mengundur diri. Ada masa kita jumpa lagi. Saya akhiri dengan ucapan sekian terima kasih sebab sude membaca warkah terhebat abad ini..ahaha..Wallahu'alam..




Monday, December 6, 2010

..kisah balang kaca..

alt

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh."

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?"

"Ya," jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya, "Adakah balang kaca ini sudah penuh?"

Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh."

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya, "Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?"

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibu bapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu," jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat," Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?"

Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibu bapamu."

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kita berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya kitasilap!

Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!

p/s: Mengambil kesempatan sempena Maal Hijrah kali ni..mohon maaf pada semua yang mengenali diri ini, or ada terlepas kata dalam entri2 yang lepas..moga cerita ni menjadi pengajaran buat diri dan semua yang membaca..Selamat Tahun Baru dan moga di hari2 yang mendatang penuh dengan barakah dan rahmat.. (^^,) Sayang kamoo!