Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah menjadi kebiasaannya manusia apabila mengalami tekanan, berada dalam keletihan, berada dalam suasana emosi yang tidak elok, akan membuat muka masam dan sedih. Ini adalah tindak balas normal bagi seorang manusia.
Namun, bagi seorang pemimpin dan seorang dae’I bermuka masam, ia bukanlah tindak balas normal yang patut ada padanya. Apabila seorang pemimpin menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada orang yang dipimpinnya, bagaimanakah reaksi orang-orang yang dipimpinnya? Apabila seorang daei menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada madu’, bagaimanakah reaksi madu’?
Apabila kita membawa muka masam, mood negative dan aura yang buruk bersama kita ke dalam sesuatu perjumpaan dan apabila bertemu sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja, kita secara tidak langsung akan memalitkan rasa teruk kita kepada orang sekeliling. Sahabat-sahabat kita yang mulanya bersemangat dan gembira, akan bertukar menjadi lesu, lemah dan sedih apabila kita membawa mood sebegini dalam perjumpaan. Membawa mood negative akan mengeruhkan suasana dan menjadikan suasana tegang. Cukuplah hanya walau seorang sahaja yang membawa muka masam dan 10 lagi membawa muka ceria, pasti ia akan memberi kesan sekurang-kurangnya kepada 5 orang yang membawa muka ceria ini. Begitulah padahnya membawa muka masam.
Sesuatu amalan atau perkara yang hendak dilakukan secara berjemaah, perlu dilakukan dengan semangat, iltizam dan rasa senang hati. Jika seorang membawa muka masam, yang lainnya turut terkesan sama. Ada yang berfikiran, “ish orang tgh bad mood takkan aku nak hepi-hepi”. Maka dia pun , dari tingkah laku bersemangat dan riang ria, mengambil langkah setapak kebelakang dan menjadi lebih diam dan pasif. Ada pula yang berfikiran, “ Ish, apa kena dengan mamat sekor nih?Moody jer. Ala, xbest laa nak wat kejer camnih”. Semangat dan mood kita untuk berkerja akan dibawa turun oleh mood negative orang lain.
Kesannya menjalar dalam diri orang lain tanpa kita sedari. Kalau anda betul-betul perhatikan dan analisis situasi anda, dimana anda dalam keadaan bersemangat, gembira dan terbuka, pergi menghadiri perjumpaan, latihan atau perbincangan misalnya, apabila ada seorang dikalangan anda yang bermuka masam, sepanjang perjumpaan tersebut, motivasi dan keadaan diri anda akan berubah beransur-ansur sehingga anda menjadi lemah dan tidak bertenaga.
Kesan yang paling ketara berlaku ialah apabila, didalam perjumpaan atau perbincangan tersebut, anda semua berhadapan dengan satu krisis dan masalah dan masing-masing cuba bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Sepatutnya kita menangani masalah dan krisis dalam keadaan siap sedia, bersemangat dan tabah. Tetapi dengan kehadiran seorang yang bermuka masam, suasana mencari jalan penyelesaian akan menjadi suasana yang sangat tegang tetapi lemah dan tidak bermaya. Perjumpaan dan perbincangan yang dimulakan dengan semangat dan iltizam, akhirnya menjadi lesu dan tidak bertenaga kerana seorang membawa muka masam dan diakhiri tanpa sebarang resolusi yang bernas.
Inilah bahana membawa muka masam. Maka sebagai seorang pemimpin dan daei, yg menggalas tanggungjawab yang tinggi, membawa muka masam adalah sesuatu yang patut kita elakkan. Seperti Rasulullah hendaklah kita bermuka manis dan sentiasa tersenyum. Kita manusia biasa yang lemah pastinya kadang kala tidak mampu menahan kesedihan dan menyerap tekanan. Namun kita perlu sentiasa dan kerap berjumpa dengan sahabat dan masyarakat.
Allah telah menegur Nabi Muhammad s.a.w di dalam Surah Abasa ayat 1 hingga 3
Maksudnya : Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah dating kepadanya(Abdullah bin Ummi Maktum).Dan tahukan engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa).
Menurut Tafsir Ibnu Kathir, Ulama berpendapat bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w sedang berbicara dengan seorang pemimpin terkemuka Quraysh dengan harapan dia akan memeluk islam. Sedang Rasulullah s.a.w berbicara dengannya, Abdullah bin Ummi Maktum dating kepada baginda dan dia adalah salah seorang yang memeluk islam diawal waktu. Ibnu Maktum bertanya Rasulullah tentang sesuatu yang mustahak padanya. Rasulullah s.a.w mengharapkan pemimpin Quraysh tersebut mendapat petunjuk maka Baginda menyuruh Ibnu Maktum untuk tunggu sebentar sementara Baginda menhabiskan perbualanya bersama pemimpin tersebut. Baginda kemudia bermasam muka dan berpaling dari Ibnu Maktum untuk menghadap pemimpin tersebut.
Lalu turunlah ayat diatas menegur Baginda supaya tidak memasamkan muka dan berpaling dari seseorang. Sedarkh kita bahawa kita sering menunjukkan muka masam kepada sahabat dan mad’u tatkala kita dilanda masalah. Apabila mereka menegur kita, kita mencebik bibir member muka msam dan tidak bermaya.
Seorang pemimpin dan dai’e tidak boleh bermuka masam kepada orang bawahannya. Kita sering membuat muka tidak bermaya tatkala kita letih dan sakit. Contohilah Rasulullah yang sentiasa tersenyum walaupun baginda letih dan sakit. Contoh paling nyata adalah tatkala ajal mengundang baginda untuk pulang ke Hadrat Allah. Baginda masih mampu tersenyum walaupun keperitan maut itu hanya Allah yang tahu. Baginda tersenyum untuk menenangkan hati umat baginda supaya mereka tidak takut dan kecoh dengan keuzuran baginda. Seorang pemimpin perlu menenangkan keadaan supaya tiada kekecohan yang timbul berpunca dari kita.
Sepertinya bait-bait lirik lagu ‘Pemergianmu’ nyanyian In Team
Kau Masih Tersenyum, Mengubat Lara,
Selindung derita yang kau rasa,
Senyuman yang mententeramkan,
Setiap insan yang kebimbangan
Bagaimana mungkin kita menyampaikan mesej-mesej tentang keindahan nilai-nilai islam tatkala wajah kita sugul tidak bermaya? Adakah kita mampu untuk meyakinkan mad’u akan kepentingan dakwah tatkala kita gagal melakukan satu tugas dakwah yang paling mudah iaitu tersenyum, namun paling sukar dilakukan tatkala emosi tidak menentu. Kita bukanlah ingin menjadi seorang badut untuk menghiburkan orang, namun dengan senyuman dan muka manis, kita mampu membuat orang sekeliling kita berasa tenang dan aman. Di dalam senyuman yang penuh kepahitan itu, terpancar ketabahan menggalas sebuah tugas dakwah, tercermin kesungguhan menegakkan islam, tersinar sebuah pengharapan melihat islam kegemilangan islam suatu hari nanti.
Sepertinya senyum itu berjangkit, bermuka masam itu juga berjangkit. Maka janganlah menjangkiti orang lain dengan muka masam kita. Bermasam muka akan menimbulkan rasa risau dihati sahabat, menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati mereka, menimbulkan rasa tidak gembira dalam jiwa.
p/s: tazkirah untuk diri sendiri jugak~
3 comments:
SarahBasri like this..
ok, tarik sikit pipi. Senyum sikit.
:)
like!!!
hajar ada typo error kut. datang--jadi dating :P
Post a Comment