Monday, November 22, 2010

..from someone..

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada seorang guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, sayan tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..wallahu'alam..

p/s: Hargai seseorang sekeliling kita..terima kelemahan dan kebaikan mereka seadanya..sayang diri dan keluarga kita..selagi diberi peluang bernafas di muka bumi ini, manfaatkanlah diri kita semaksimumnya! Ingat, dalam diri kita juga turut ada orang lain..suatu hak yang perlu ditunaikan!

4 comments:

+akufobia+ said...

ohh.

+akufobia+ said...

da jumpa orang yang paling akan disayang?lalala.

fauzun said...

eh,ana pun dpt msg ni.hehe..so sweeet kan?

nurul hafizah mohd shopki said...

maness gila. auw. auuww. yun da pandai da skrng. hahaha